Bersambung daripada Kayuhan Amal dan Kempen Kibar Jalur Gemilang SMK Kota 2019 - Bahagian 1...
Peserta-peserta kayuhan sampai ke pintu masuk utama pada jam 10 pagi. Tidak sampai sejam tadi semua peserta berhenti di tempat pitstop di SMK Mulong. Selepas itu mereka semua meneruskan kayuhan untuk menghala ke Lebuhraya Rakyat yang baru buka.
Selepas berasa keletihan, semua peserta juga melihat nombor cabutan bertuah pada nombor peserta di papan pelan bangunan SMK Kota.
Majlis diteruskan lagi dengan penerimaan hadiah kepada semua peserta kayuhan dan tanpa kayuhan. Hadiah berupa 70 hampers, barangan elektrik, pakej penginapan 3H2M di hotel De' Viana Court, pakej mini pelamin, pakej umrah, 2 basikal dan sebuah motosikal. Penerimaan hadiah berupa barangan elektrik jatuh kepada pemegang nombor peserta yang juga peserta kayuhan.
Hadiah berupa dua buah basikal juga jatuh kepada nombor peserta kayuhan.
Hadiah berupa pakej pergi balik Umrah sumbangan daripada Al-Quds Travel & Tours diberikan kepada nombor peserta yang juga belia.
Hadiah utama yang akan membawa pulang sebuah motosikal daripada KotaCare dimenangi oleh nombor peserta kayuhan yang berjaya mengayuh sejauh 36.8 km. Beliau juga berasal dari Tanjung Chat berdekatan bandar Kota Bharu.
Tahniah kepada semua peserta yang berjaya mengayuh sejauh 36.8 km dalam masa 2 jam dan juga tanpa kayuhan. Kepada korang yang tidak berjaya cubalah di hari lain dan juga pada waktu yang sama. Semoga berjaya semua.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG : afiqaslam_271100
Saturday, 31 August 2019
Wednesday, 28 August 2019
Kayuhan Amal dan Kempen Kibar Jalur Gemilang SMK Kota 2019 - Bahagian 1
Salam 27 Zulhijjah. Merujuk kepada artikel Jemputan ke Kayuhan Amal dan Kempen Kibar Jalur Gemilang SMK Kota 2019 yang dipersembahkan Ahad 21 Julai iaitu sebulan yang lepas. Artikel tersebut mengenai jemputan untuk menyertai Kayuhan Amal ke SMK Kota kepada semua pengunjung blogspot ini.
Pagi itu juga saya melepaskan peluang untuk pergi ke SMK Kota setelah hampir 2 bulan tidak bertandang ke sini. Nasib baik saya bertolak selepas solat Subuh berjemaah di masjid lalu bersarapan kerana program ini bermula jam 7 pagi.
Penaja-penaja yang menajakan program tersebut seperti KOPTA, Kemudi Timur Elektronik, Al-Quds Travel & Tours, SAG, FAMA, Bank Rakyat, Anuar Talib Construction, Gardenia, Gaya Impian Bridal, 100 Plus, One Laksa, My Batik, Mencury Plus Enterprise, EZ Computer & Technology, Anjung Rebana dan banyak lagi. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Alumni SMK Kota (KotaCare) dan RTM Kelantan FM.
Keselamatan semasa kayuhan tersebut dikawal oleh PDRM, RELA, Pertahanan Awam dan pengawal keselamatan yang bertugas di SMK Kota.
Ini adalah laluan semasa kayuhan yang disetkan di peta Google. Bermula dari pintu masuk utama SMK Kota, seterusnya melalui jalan Pendek - Salor (Jalan Lama Pasir Mas), seterusnya juga melalui lebuhraya Pasir Mas - Salor dan seterusnya pitstop di SMK Mulong. Selepas pitstop peserta meneruskan kayuhan dengan melalui Lebuhraya Rakyat dan akhir sekali garisan penamat di SMK Kota juga.
Inilah pakaian t-shirt tidak mengira saiz semasa hari kayuhan Amal Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang berserta dengan nombor peserta disertakan dengan makan dan kayuhan basikal.
Antara hadiah yang dimenangi untuk peserta kayuhan seperti hadiah utama berupa sebuah motosikal daripada KotaCare, dua buah basikal, pakej Umrah daripada Al-Quds Travel & Tours, sebuah TV LCD, barangan elektrik daripada Kemudi Timur Elektronik, pakej penginapan 3 hari 2 malam De' Viana Court Wakaf Che Yeh yang bernilai RM500, 5 pakej mini pelamin untuk persiapan perkahwinan daripada Gaya Impian Bridal dan 70 barangan hampers.
Antara peserta kayuhan yang hadir. Keadaan begitu ramai peserta kayuhan yang berkayuh sejauh 36.5 km. Selain peserta daripada negeri Kelantan, peserta lain juga turut terdiri daripada peserta luar daripada negeri Kelantan termasuk Thailand.
Maka baru hari ini saya pergi mendaftar sebagai peserta tanpa kayuhan dengan Cikgu Rohana Mat (guru bahasa Melayu kelas saya semasa tingkatan 5), Cikgu Norazian dan Teacher Norashikin di kelas pendidikan khas. Harga semestinya RM30 berserta dengan makan dan baju t-shirt.
Pada jam 8 pagi peserta telah melepaskan pintu masuk utama untuk memulakan aktiviti kayuhan sejauh 36.5 km.
Walaupun tanpa kayuhan saya mendapatkan nasi di garaj kenderaan pentadbir.
Selepas itu kali ini saya melihat nombor peserta untuk memenangi hamper di papan kenyataan berdekatan dengan kelas pendidikan khas. Kebetulan saya memegang nombor 8991 tiada dalam senarai dan tidak dapat memenangi sebuah hamper.

Wednesday, 21 August 2019
Kongres pemasangan pintu dan jendela
Salam malam 21 Zulhijjah. Sedikit perkongsian setelah kurang 2 minggu tidak dikemaskinikan blogspot.
Ini adalah pemasangan pertama jendela bermula di hadapan dan gambar ini diambil pada awal Julai 2019.
Gambar ini diambil pada 21 Julai 2019 ketika baru memasang pintu kayu sejenis sliding dan sisip angin.
Gambar sekali lagi diambil pada 1 Ogos 2019 ketika ini sudah siap sepenuhnya pemasangan pintu utama.
Gambar pada 8 Ogos 2019 iaitu 3 hari sebelum menjelang Aidiladha. Menunjukkan jendela di bilik 1 dan bilik 2 sudah siap sepenuhnya.

Saturday, 10 August 2019
Perjalanan kecil sekeluarga di Bachok - Dalam beberapa dugaan
Salam hari Arafah 9 Zulhijjah. Adapun pada hujung minggu lepas saya dan keluarga berkesempatan pergi ke Panchor, Pengkalan Chepa ada satu majlis, seterusnya sebelum solat Asar pergi ke beberapa buah pantai berdekatan Bachok. Kali inilah baru akan kongsikan.
Perjalanan ini bermula selepas solat Zohor Sabtu 3 Ogos 2019. Inilah perjalanan saya dan keluarga pergi ke rumah bapa saudara saya yang juga abang sulung kepada ayah saya di Panchor, Pengkalan Chepa, iaitu 15 km dari rumah.
Sampai dah juga agaknya di majlis perkahwinan yang diadakan di rumah abang ayah saya.
Sebaik masuk dah waktu Asar, singgah sekejap di Pantai Senok untuk kepuasan seketika. Atau dikenali dengan nama Pantai Nami.
Lebih 3 bulan lepas saya pergi ke pantai ini untuk membeli pelbagai persiapan sebelum menyambut bulan Ramadan. Masa itu saya singgah sekejap di Pasar Nelayan Pulau Gajah untuk membeli ikan di situ sebelum masuknya waktu solat Asar kemudian singgah solat di Masjid Ar-Rahman. Lihat artikel Perjalanan semperna Hari Pekerja - Dari Elephant Island ke Pantai Nami.
Dari Pantai Senok kami terus ke Pantai Irama yang terletak di kawasan bandar Bachok. Singgah solat Asar pula masjid ini lalu terlihat dan tertarik. Lihat artikel Masjid Muhammadiah, Beris Panchor, Tawang di blogspot Jom ke Masjid.
Selepas itu kami pun terus singgah di Pantai Irama di kawasan bandar Bachok.
Sesampai di sana kelihatan masih tenang tetapi ada yang sedang ber'gewe' dan sebagainya. Sebaik masuk waktu Maghrib kami pun sampai ke rumah.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah
Salam. Merujuk pada artikel Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu yang dipersembahkan pada 30 Ok...
-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam Jumaat. Merujuk pada artikel Mari hadir ke pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat Ridhuan AS dipersembahkan pada Rabu 14 Oktobe...
-
Salam hari Arafah. Sedar tak sedar esok bermulanya Hari Raya Aidil Adha, dikenali dengan hari raya korban atau hari raya haji. Disambung lag...