Salam hari Arafah 9 Zulhijjah. Adapun pada hujung minggu lepas saya dan keluarga berkesempatan pergi ke Panchor, Pengkalan Chepa ada satu majlis, seterusnya sebelum solat Asar pergi ke beberapa buah pantai berdekatan Bachok. Kali inilah baru akan kongsikan.
Perjalanan ini bermula selepas solat Zohor Sabtu 3 Ogos 2019. Inilah perjalanan saya dan keluarga pergi ke rumah bapa saudara saya yang juga abang sulung kepada ayah saya di Panchor, Pengkalan Chepa, iaitu 15 km dari rumah.
Sampai dah juga agaknya di majlis perkahwinan yang diadakan di rumah abang ayah saya.
Sebaik masuk dah waktu Asar, singgah sekejap di Pantai Senok untuk kepuasan seketika. Atau dikenali dengan nama Pantai Nami.
Lebih 3 bulan lepas saya pergi ke pantai ini untuk membeli pelbagai persiapan sebelum menyambut bulan Ramadan. Masa itu saya singgah sekejap di Pasar Nelayan Pulau Gajah untuk membeli ikan di situ sebelum masuknya waktu solat Asar kemudian singgah solat di Masjid Ar-Rahman. Lihat artikel Perjalanan semperna Hari Pekerja - Dari Elephant Island ke Pantai Nami.
Dari Pantai Senok kami terus ke Pantai Irama yang terletak di kawasan bandar Bachok. Singgah solat Asar pula masjid ini lalu terlihat dan tertarik. Lihat artikel Masjid Muhammadiah, Beris Panchor, Tawang di blogspot Jom ke Masjid.
Selepas itu kami pun terus singgah di Pantai Irama di kawasan bandar Bachok.
Sesampai di sana kelihatan masih tenang tetapi ada yang sedang ber'gewe' dan sebagainya. Sebaik masuk waktu Maghrib kami pun sampai ke rumah.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Raya Aidilfitri 2025 antara Kadok dan Bachok
Salam 10 Syawal. Menyambung penceritaan daripada Raya Aidil Fitri 2025 di sekitar Pendek . Pagi Rabu 2 April 2025 bersamaan 3 Syawal 1446 ...

-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam 29 Ramadan 1446 Hijriah dan hari terakhir Ramadan. Sedikit perkongsian tentang aktiviti bulan Ramadan. Sabtu 22 Mac 2025 malam bersam...
-
Sedikit daripada 2 minggu lalu. Petang Rabu 29 Januari 2025 bertepatan dengan hari tahun baru Cina diadakan dengan satu festival patuh sya...
No comments:
Post a Comment