Tuesday 30 July 2019

Membincangkan perkara yang boleh mengingkar arahan Allah

Salam hari pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Adapun saya pergi ke Madrasah Ahmadiah, berdekatan Bunut Payong sebabnya ada kerja di situ bersama ustaz-ustaz di kawasan sekolah itu. Dilakukan pada hari Khamis 25 Julai lepas. Disajikan pula jalan cerita.


Dalam kehidupan manusia seharusnya kita perlu berhati-hati dengan segala ujian yang melanda umat manusia hari ini.Sesungguhnya Allah SWT telah member peringatan dan menjanjikan azab yang pedih kepada manusia bukan hanya pada yang zalim, malah kepada yang beriman juga.
Firman Allah swt dalam Sural al-Anfal, ayat 25:
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan peliharalah dirimu daripada azab yang bukan hanya menimpa orang zalim di kalangan kamu sahaja dan ketahuilah Allah amat keras azab siksa-Nya”
Imam Ahmad bin Hanbal juga meriwayatkan hadis dari Ummu Salamah, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Jika timbul maksiat pada umatku, maka Allah akan menyebarkan azab (siksa) kepada mereka. Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah tidak ada pada waktu itu orang-orang soleh?” Baginda menjawab:”ada”. Aku bertanya lagi: “Apa yang akan Allah perbuat kepada mereka?” Jawab Baginda: “Allah akan menimpakan kepada mereka azab sebagaimana yang ditimpakan kepada orang-orang yang melakukan maksiat, kemudian mereka akan mendapat ampunan dan keridhoan dari Tuhannya.” (HR. Imam Ahmad)
Demikianlah apabila suatu kaum sudah melakukan maksiat dan menentang perintah-perintah Allah swt serta mengkufuri nikmat-nikmatNya, maka sesungguhnya Allah swt akan menurunkan kehinaan dan kebinasaan kepada mereka baik kehinaan di dunia mahupun kehinaan di akhirat. Lalu bagaimanakah dengan kita yang hidup dalam keadaan demikian, kehidupan yang dipenuhi dengan kemaksiatan dan kemungkaran.  Adakah kita sudah mengingatkan kepada mereka akan siksa Allah yang maha pedih ini!.
Firman Allah swt dalam Surah al-Nahl, ayat 112:
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ. وَلَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْهُمْ فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمُ الْعَذَابُ وَهُمْ ظَالِمُونَ
“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dahulunya aman dan tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segala tempat akan tetapi penduduknya mengingkari akan nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada mereka dengan kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka lakukan”.
Ayat di atas menggambarkan dengan jelas betapa Allah swt akan membinasakan sebuah negeri yang penduduknya berbuat zalim dan mengingkari nikmat-nikmat Allah, sehingga Allah menimpakan kepada mereka siksaNya berupa kelaparan dan ketakutan.

Bahkan dalam sebuah hadis sahih, Imam Ibnu Majah meriwayatkan bahawa akan ada lima bencana yang akan menimpa umat ini. Daripada Abdullah bin Umar bin Khattab  ra, bahawa Nabi


No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...