Wednesday 4 March 2020

Menghormati hak golongan OKU

Baik. Kita ada sedikit perkongsian ilmu semasa perhimpunan rasmi di SMK Kota diadakan di Dewan Kota Jelasin sekolah tersebut pagi Isnin 24 Februari 2020...

Cikgu Sapuan Awang Hab, merupakan guru kesayangan semasa zaman persekolahan pula menyampaikan sisipan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Sebelum itu artikel yang telah dikongsikan berkaitan dengan keluarga lalu merujuk kepada artikel Prihatin terhadap keluarga - Hormat menghormati

Kini saya berkongsi berkaitan dengan golongan OKU. Orang kurang upaya atau orang kelainan upaya, singkatannya OKU ialah suatu keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Penggunaan ini dikaitkan dengan model ketakdayaan upaya, dan bukan model ketakupayaan sosial atau hak asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Individu yang mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa.

OKU terdiri daripada masalah fizikal, mental, pembelajaran, pendengaran, pertuturan, penglihatan dan lain-lain yang dikategorikan sebagai OKU. 

Punca-punca terjadinya kelainan upaya daripada baka/keturunan, penyakit berjangkit, persekitaran, dadah dan alkohol. 

Di sekolah tersebut (SMK Kota) mempunyai kelas Pendidikan Khas khususnya kepada pelajar-pelajar OKU mempunyai masalah pembelajaran dan lain-lain masalah. Kelas Pendidikan Khas juga dikenali Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Di mana di bawah pentadbirannya, Cikgu Hamzah bin Abdullah Kutty.


Antara nilai-nilai yang dibuat terhadap golongan OKU ialah nilai hormat-menghormati. 

Secara objektifnya, kita perlulah mendefinisikan maksud hak golongan OKU. Objektif yang lain juga ialah menjelaskan punca berlakunya ketidakupayaan. Contohnya kecacatan fizikal akibat kemalangan. Selain itu juga menyenaraikan jenis-jenis golongan OKU. Objektif seterusnya kita seharusnya menyatakan langkah atas usaha untuk membantu golongan OKU. 

Definisi ini memberi layanan yang sopan kepada golongan yang kurang berupaya supaya mereka tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai ciptaan Tuhan. 

Peranan-peranan untuk membantu golongan OKU dengan melalui peranan ibu bapa supaya mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU. Peranan kerajaan juga bagi menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU. Dalam peranan media massa untuk menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi golongan OKU. Peranan terakhir juga melalui individu untuk menerapkan nilai-nilai murni terhadap menghormati hak golongan OKU. 

Contoh jenis ketidakupayaan ialah kecacatan penglihatan yang terdiri daripada masalah rabun, kemalangan kecil dan faktor usia. Cara-cara untuk membantu golongan yang cacat penglihatan ialah kita perlu membantu orang yang cacat penglihatan untuk melintas jalan. Cara lain juga memberi pembelajaran kepada orang yang cacat penglihatan untuk memberi pendidikan. 

Kesimpulannya semua pihak memainkan peranan penting untuk membantu golongan OKU. Semua pihak berganding bahu bagi membela nasib dan masa depan kepada golongan OKU. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...