Thursday, 30 January 2020

Perjalanan semperna Tahun Baru Cina 2020 - Titi hala Pantai Penarik ke Pasor Payang

Salam semua. Sukacita dimaklumkan tadi saya menyertai Kejohanan Merentas Desa walaupun saya sebagai bekas pelajar SMK Kota. Walaupun dalam keadaan letih, tetapi masih menceritakan perjalanan terbaru di Terengganu Sabtu dan Ahad lepas. Sebelum itu merujuk kepada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Dari Shah Alam ke Bangi untuk bermalam yang dipersembahkan Isnin lalu. Pada hari Tahun Baru Cina saya dan keluarga bersama rombongan membuat satu perjalanan ke negeri Terengganu. Pada penghujung artikel ada diberitahu bahawa perjalanan Terengganu itu akan dipersembahkan secara berselang-seli dengan cerita perjalanan pusing-pusing sekitar Lembah Klang. Bermulalah perkongsian korang...

Perjalanan bermula Sabtu 25 Januari 2020 jam 8 pagi apabila kami sekeluarga membantu mempersiapkan barang-barang keperluan dimasukkan ke dalam kereta. Kami menunggu nenek saudara saya di Lating bersama tiga sekeluarga pergi bersama. 

Disebabkan kami terpaksa menggunakan Lebuhraya KBKK untuk sampai ke Melor. Menurut nenek saudara saya mereka menunggu di Melor. Kelajuan dalam meter melebihi 120 km/j. Namun masih lagi menurun ke Ketereh. 

Cuma kami mengambil laluan biasa untuk ke Jerteh. Ada menunggu satu lagi rombongan untuk pergi bersama-sama iaitu yang ternampak berdekatan dengan masjid ini. Lihat artikel Masjid Tok Wan, Wakaf Lichong, Pasir Puteh di blogspot Jom ke Masjid

Menunjukkan jam 12 tengahari kami meneruskan perjalanan melepasi pintu gerbang sempadan Terengganu dan Kelantan. 

Disebabkan atas usaha rombongan kami pun terpaksa menggunakan jalan Kuala Besut untuk sampai ke Pantai Penarik, Setiu. Laluan inilah saya pernah pergi ke Kuala Besut dan Bukit Keluang. 

Dari Kampung Raja kami melalui jalan Pantai Penarik untuk sampai ke Kuala Terengganu. Singgah sat di Masjid Penarik. 

Setahun lepas diceritakan saya memandu sendiri untuk ke Pantai Penarik. Lihat artikel lama Perjalanan Pertama Tahun Baru 2019 di Pantai Penarik, Setiu

Kami terus menunaikan solat Zohor di masjid ini bersama-sama sementara menunggu rombongan dari Perak dan Sarawak untuk berjalan-jalan. 

Selepas solat kami pun melihat suasana Pantai Penarik.

Lalu berkelah di wakaf untuk menikmati selera makan sambil mencari ketenangan.

Dari Pantai Penarik kami meneruskan lagi perjalanan lalu singgah untuk membeli keropok di Merang, Setiu.

Dipendekkan cerita pada jam 4 petang kebetulan kami melalui jalan Gong Badak. Rasanya Universiti Unisza di situlah ibu saudara saya diadakan konvokesyen dibuat di Stadium Gong Badak hampir 5 tahun lepas.

Hampir 4.30 petang kebetulan kami memasuki bandar Kuala Terengganu.


Singgah sebentor di Pasor (Pasar) Payang pula...


Di tengah bandar Kuala Terengganu ada sebuah masjid utama (masjid negeri) lalu singgah solat Asar. Lihat Masjid Abidin, Kuala Terengganu.

Selepas solat singgah lagi pula di Pasar Payang.

Jam hampir 6 petang kami masih berada di Chinatown.



Sebelum sampai ke homestay kami terus singgah di surau ini untuk makan dan membuang air kecil. Lihat Surau Haji Sabari, Kuala Terengganu.

Sepatutnya pukul 6 petang kami terus melalui Jambatan Angkat Terengganu, dikenali Jambatan London. Disebabkan kesuntukan masa waktu hampir maghrib kami terus check-in homestay di Kuala Ibai. 


Monday, 27 January 2020

Perjalanan akhir tahun 2019 - Dari Shah Alam ke Bangi untuk bermalam

Gong Xi Fa Cai. Walaupun hari ini merupakan hari ke-3 perayaan yang disambut oleh berbangsa Tionghua. Adapun malam semalam kami selamat sampai kembali daripada perjalanan 2 hari semalaman ke Terengganu melibatkan beberapa tempat. Tetapi kita terus dikemaskinikan dulu dengan perjalanan hujung tahun 2019 di sekitar Lembah Klang 18-26 Disember 2019 dan masih meneruskan perjalanan masuk ke hari ke-4. Korang tak perlu risau rasanya kita sudah memasuki genap sebulan perjalanan kembali dari perjalanan tersebut. ersambung daripada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Berjumaat di Pusat Bandar Hicom

Petang Sabtu 21 Disember 2019. Setelah 3 hari bermalam di rumah saudara saya di Shah Alam kami terus keluar untuk sampai ke Bangi. 

Walaupun saya tahu jalan untuk ke Bangi, saya terpaksa menggunakan aplikasi Waze. Dipendekkan cerita perjalanan bermula pada jam 3 petang selepas solat Zohor. 

Daripada sumber Waze jarak untuk sampai ke Bangi hanyalah dalam 32 km bersamaan dengan masa dalam 46 minit. Ditambah lagi menggunakan laluan lebuhraya untuk sampai ke sana. Ini kerana kawasan ini dianggap sibuk untuk mencari kerja di mana-mana tempat. Apabila masuk ke Lebuhraya ELITE kenderaan terus bergerak perlahan. Pertambahan kenderaan hanyalah sementara. Disebut dalam Waze ada kemalangan di hadapan, tetapi tiada kemalangan di sana. 

Untuk sampai ke Bangi saya terus menggunakan Persimpangan Saujana Putra untuk sampai ke sana. Korang yang tak tahu ini dia guys jalannya. Disebut dalam Waze dalam 500 meter belok ke kiri. 






Sekejap je sampai Bangi kalau dari Shah Alam. Alang-alang kita tadi telah berjaya melalui jalan yang diikuti Waze dengan tepat, tanpa sesat di tempat lain. Kalau sesat guys apa sudah jadi, kita meronda-ronda sahaja, cari duit untuk mengisi minyak dan sebagainya. 

Jam 4 petang lebih kita sudah sampai ke Bangi. Inilah rumah saudara saya yang berada di situ guys.

Jam hampir masuk waktu Asar barulah sampai ke rumahnya. Saya pun terus ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Asar. Berasa dah sikit kepenatan. 


Thursday, 23 January 2020

Meredah hujan lebat di pantai Bachok

Salam petang Khamis 28 Jamadilawal 1441H. Dalam artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Berjumaat di Pusat Bandar Hicom yang dikirim Jumaat lepas tentang perjalanan hari ke-3 perjalanan baru-baru ini di Kuala Lumpur. Selepas itu 4 hari 3 malam sudah bermalam di Shah Alam. Hari Jumaat itu berkesempatan menunaikan solat Jumaat di situ. Masih banyak lagi gambar-gambar yang belum diselesaikan semasa perjalanan hujung tahun lepas. Untuk pengetahuan korang, antara artikel yang diselesaikan semasa perjalanan tersebut seperti : 



Tetapi cerita perjalanan baru-baru ini pula telah diketepikan lagi. Kita terus 'wak segar angin sikit' perjalanan kecil hujung minggu lepas. 

Perjalanan kecil telah dibuat selepas solat Jumaat kemudian terus keluar berseorangan diri pada petang Jumaat 17 Januari 2020. Dari rumah saya di Pendek, Kota Bharu saya terus ke Pantai Senok, Bachok untuk membeli ikan. Tetapi hanya ikan kering sahaja dijual. 

Ketika dalam perjalanan itu hujan lebat, tetapi terpaksa membatalkan perjalanan tersebut. Seterusnya saya sampai di Pantai Kubang Golok.

Dari Kubang Golok saya terus pergi ke Pantai Irama Bachok. Berhajatnya saya nak berkelah di situ sebabnya banyak barang makanan yang berada dalam but kereta walaupun dalam keadaan hujan lebat. 

Singgah sat di kedai hardware baru dibuka di Kedai Baru, Banggu, Kota Bharu sebelum sampai ke rumah.

Ketika sampai di kedai hardware itu hujan lebat berhenti. Sambil-sambil itu juga saya terus melihat pemandangan sawah padi dari kedai hardware. 

Monday, 20 January 2020

Kasih sayang - Prihatin terhadap jiran

Salam malam Isnin 26 Jamadilawal 1441 H. Ada sedikit perkongsian daripada satu perhimpunan rasmi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota, Kota Bharu, Kelantan Isnin lepas. 

Isnin lepas 13 Januari 2020 ada satu perhimpunan rasmi sekolah di Dewan Kota Jelasin di SMK Kota. Setiap hari Isnin tiap-tiap kali diadakan perhimpunan rasmi sekolah. 

Ketika masuk ke dewan tersebut Cikgu Suhaimi Sulaiman memberikan syarahan berkaitan jiran. Jiran adalah antara dimasukkan dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Apa itu jiran? Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat (kawasan kejiranan). Bagi penduduk setempat negeri Melaka, jiran boleh juga bermaksud sekumpulan masyarakat yang duduk berjauhan tetapi masih berhubung di dalam situasi tertentu.

Kalau dekat rumah saya mesti ada jiran. Jiran saya kebanyakannya terdiri daripada bapa saudara, ibu saudara, datuk saudara, nenek saudara dan sepupu yang betul-betul tinggal bersebelahan rumah saya. Rasanya jiran bersebelahan rumah saya kebanyakannya dihuni oleh bangsa Melayu Islam yang berasal dari Kelantan. 

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

Dari aspek penyampaian jiran tetangga mempunyai kepentingan prihatin terhadap penderitaan terhadap orang lain. Contohnya jiran kita mempunyai masalah kemiskinan, ditimpa kesakitan dan bantu-membantu. 

Dalam kandungan teks, antara idea yang boleh dikongsikan dengan jiran tetangga seperti rasa simpati terhadap kesukaran orang lain. Misalnya kita boleh membantu jiran kita yang uzur dan sakit. Perkongsian kedua ialah peranan jiran dan masyarakat dalam menangani masalah sosial. Zaman sekarang masalah sosial kerap berlaku ketika ini. Contohnya berlaku peningkatan kes dadah dan sebagainya. 

Antara fokus yang diberi semasa syarahan ialah peka dengan situasi di kawasan perumahan dan persekitaran. Kebakaran dan banjir kerap berlaku di kawasan perumahan. Hujung tahun 2014 Kelantan telah digenangi oleh banjir besar dikenali sebagai 'Bah Kuning' telah menyebabkan ramai penduduk dipindahkan. Yang kedua ialah sikap suka membantu dan bertolak-ansur dalam komuniti. Kita boleh membantu jiran menghadapi kesusahan misalnya dalam keadaan kemiskinan. Tolong yang itu, tolong yang ini. 

Saranan yang dilakukan oleh jiran tetangga seperti memupuk sikap prihatin dalam pencegahan kes-kes penderitaan mental, seksual dan pengabaian. Ketika ini kes-kes berkenaan banyak berlaku. Seperti kes penderaan kanak-kanak, buli, pembuangan anak dan sebagainya. Saranan yang kedua ialah berbuat baik dan menolong orang yang memerlukan bantuan. Kita sepatutnya boleh menolong jiran apabila berada dalam kecemasan, kemiskinan, kesusahan dan apa-apa jua keadaan. Contohnya membantu jiran kita dalam keadaan sakit tenat dan menyelamatkan barang-barang keperluan daripada kebakaran rumah. Saranan yang baik terhadap jiran tetangga seperti berani memaklumkan kes penderitaan yang dialami sama ada rakan dan keluarga. Contohnya jiran kita berani memaklumkan masalah yang dialami oleh keluarga kita telah ditimpa masalah kemiskinan. Saranan terakhir ialah menyertai program khidmat masyarakat, kesukarelawan atau Rakan Cop. Menyertai program tersebut bukan sahaja untuk membina negara malah membentuk negara yang lebih sejahtera. Contohnya jiran kita mengajak untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dapat membetuk masa depan belia yang berwawasan dan mempunyai nilai jati diri tinggi. Cukuplah perkongsian daripada majlis ilmu pertama untuk tahun 2020 di mana-mana tempat. 

Friday, 17 January 2020

Perjalanan akhir tahun 2019 - Berjumaat di Pusat Bandar Hicom

Salam Jumaat ke-3 untuk tahun baru 2020. Rasanya esok sudah genap sebulan perjalanan pertama di sekitar Lembah Klang sejak 18 Disember 2019. Tetapi kita masih meneruskan lagi cerita perjalanan tersebut yang mana perjalanan kami sekeluarga berada di hari ke-3. Di mana kami berada tepat pada hari Jumaat. Maka bersambunglah daripada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Makan malam di Putra Heights

Setelah 18 dan 19 Disember 2019 berada di rumah saudara saya di Jalan Pilus Dua. Maka esoknya tengahari Jumaat 20 Disember 2019 kami terus pergi ke Pusat Bandar Hicom, Shah Alam untuk pergi menunaikan solat Jumaat. 

Kebetulan ramai orang apabila waktu solat Jumaat sedang sibuk. Maka singgah di masjid ini untuk menunaikan solat Jumaat. Masjid ini dua tingkat walaupun ruang dalamnya luas.  Lihat Masjid Al-Munawwarah, Pusat Bandar Hicom, Shah Alam di blogspot Jom ke Masjid

Cuma saya pergi lebih kurang 12.50 tengahari. Ketika itu ada kuliah. 

Selepas solat Jumaat saya pun terus keluar pergi ke gerai berdekatan masjid. Alangkah ramainya orang apabila waktu solat Jumaat sudah selesai. 

Dicampur lagi dengan membeli beraneka makanan dan minuman untuk para pengunjung. 

Monday, 13 January 2020

Perjalanan akhir tahun 2019 - Makan malam di Putra Heights

Salam Isnin. Terus ke malam hari pertama perjalanan dari Shah Alam ke Bangi lebih 3 minggu yang lalu. Bersambung daripada Perjalanan akhir tahun 2019 - Mukadimah dari Kuala Krai ke Bentong dalam beberapa dugaan...

Rabu 18 Disember 2019 malam Khamis. Setelah kepenatan berjalan jauh sejauh 460 km kami terus ke restoran di Putra Heights, Subang Jaya. Cuma kami terus menumpang kereta saudara saya.

Kita sudah terasa kepenatan lalu singgah di restoran Phochana. Baru tersedar ada terdapat sebuah surau yang miripnya seperti rumah tradisional Melayu lama. Lihat artikel Surau mirip 'rumah tradisional Melayu' berdekatan Putra Heights, Subang Jaya di blogspot Jom ke Masjid.

Inilah makanan yang dibelanjakan oleh ibu saudara saya iaitu nasi. Dicampur juga dengan bermacam-macam jenis aneka Tomyam, ikan siakap, telur goreng dan sayur goreng.

Apabila sudah makan nasi, terus pekena juga mee celup. Apabila semua sudah dimakan saya sudah terasa kekenyangan. 


Wednesday, 8 January 2020

Perjalanan akhir tahun 2019 - Mukadimah dari Kuala Krai ke Bentong dalam beberapa dugaan

Salam 8 Januari 2020. Merujuk kepada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Cerita akan datang ke tahun baru 2020 yang dipersembahkan Khamis 26 Disember lepas. Artikel dipersembahkan hari tersebut menandakan kami sekeluarga sudah sampai ke rumah. Setelah lebih genap 3 minggu perjalanan yang dibuat pada Rabu 18 Disember 2019 maka barulah sampai masa untuk berkongsi cerita kepada korang. 

Perjalanan ini telah bermula jam 10.15 pagi Rabu 18 Disember 2019 bersama keluarga saya. Disebabkan ada bapa saudara saya bersama sepupu yang datang dari rumah datuk saudara saya untuk mengikut pergi ke Kuala Lumpur. Tetapi dia pulang ke rumah masing-masing disebabkan ada kerja di sana selepas itu. 


Sampai di Kadok bapa saudara itu membeli keropok. Bapa saudara saya menanyakan kepada saya nak beli keropok tetapi kami semua tidak mahu untuk membeli itu. 

Seterusnya kami meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai. 

Saya terasa kekok apabila air yang akan melimpah ke jalan besar di Machang. Rasanya datang dari sungai akibat hujan lebat berterusan. Tetapi syukur Alhamdulillah tiadalah kejadian banjir sebesar seperti tahun 2014. Misalnya banjir 2014 datang dari air hulu yang melimpah dari Sungai Kelantan, bukan disebabkan hujan lebat.

Ini adalah sungai Machang. Tidak lama lagi akan melimpah terus ke kawasan berikutnya di Machang. Tetapi saya rasa bimbang takut akan muncul gelombang kedua nanti. Misalnya ketika itu ada berita banjir di Jeli, Tanah Merah dan Rantau Panjang seperti dikhabarkan dalam Facebook. Jeli merupakan jajahan paling teruk ditenggelami banjir dan paling ramai dipindahkan ketika itu. Apatah lagi jalan untuk ke Gerik tidak boleh dilalui semua kenderaan ringan. Apa pun kami anggap dah Allah SWT atur begini.



Apapun biar perjalanan tetap diteruskan walaupun keadaan hujan begitu lebat di Machang ketika musim ini. Kebiasaannya hujan lebat berterusan boleh menyebabkan banjir dan kedudukan paras sungai di kawasan tebing meningkat.

Jalan semakin sesak di Kuala Krai mungkin kerana ada jalan sudah dibaiki. Semasa perjalanan tahun baru cina yang lepas ketika itu jalan bersebelahan sudah dibaiki dan tidak dapat dilalui dan menggunakan jalan pintas sementara. Lihat artikel lama Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Permulaan perjalanan dengan meredah jalan jammed. Sekarang sudah dilalui kenderaan.

Dari Kota Bharu saya terus melalui ke jalan Gua Musang lalu singgah di stesen minyak Petronas di Guchil bagi memberi ruang membuang air kecil.

Dari Kuala Krai kami terus meneruskan perjalanan ke Gua Musang lalu singgah di RnR Gua Musang yang lama.

RNR Gua Musang lama inilah kami terus berhenti berehat dan menunaikan solat Zohor lalu menjamakkan Asar.

Selepas solat saya terus ke meja makan lalu membeli makanan. Makanan yang kami sediakan adalah sejenis nasi secara kebiasaannya.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan untuk sampai ke Merapoh.

Lalu berdekatan simpang bandar Gua Musang kelihatan seperti 'Masjidil Haram' yang mempunyai 9 menara. Tak silap namanya Masjid Razali. Letaknya di Bandar Lama Gua Musang. Masjidil Haram sebenarnya berada di Mekkah tetapi kita lihat sekarang sudah beberapa kali renovate. Rasanya masjid ini baru sudah siap. Menghadap dari hadapan ialah Masjid Buluh dengan binaan masjid semuanya dibuat dengan anyaman dan batang buluh.

Saya lalu menyangkakan lebuhraya baru Gua Musang dibuka tetapi masih belum dibuka. Terpaksa pula menggunakan terowong untuk sampai ke Merapoh, ini adalah jalan lama untuk ke Merapoh.

Berdasarkan Google Maps jarak dari Kota Bharu ke Gua Musang adalah 185 km dan memakan masa selama 3 jam 4 minit. Disebabkan memakan jarak paling lama kami terus melalui lebuhraya CSR Kuala Lipis untuk sampai ke Kuala Lumpur. Ketika itu menunjukkan jam 3.20 petang.

Dari Merapoh kami meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Raub lalu singgah di stesen minyak Petronas di Raub untuk mengisi minyak. Kami berasa kepenatan lalu membuang air kecil pula disebabkan perjalanan jarak yang lebih jauh.

Selepas itu kami meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Lebuhraya Karak. Keadaan jalan Raub begitu 'jammed' disebabkan bandar yang terlalu sibuk dengan pulang dari tempat kerja.

Disebabkan cuaca ketika berada di Bentong hujan lebat kami meneruskan lagi perjalanan walaupun dalam keadaan letih. Selepas meredah bandar Bentong sejauh 6.8 km barulah saya terus melalui Lebuhraya Karak.

Hampir senja kami meneruskan perjalanan dengan melalui Lebuhraya MRR2 untuk sampai ke Cheras.

Kelihatan pada Google Maps jarak perjalanan untuk sampai ke Shah Alam sekurang-kurangnya 1 jam 4 minit bersamaan jarak 39 km yang dicampur sekali dengan pertambahan kenderaan disebabkan masa inilah orang yang pulang dari tempat kerja.

Dari Gombak saya meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Shah Alam lalu singgah berdekatan Petron Cheras dengan memberhentikan kereta milik bapa saudara saya. Di sinilah bapa saudara saya mengesetkan laluan Waze untuk sampai ke Seksyen 27. Tetapi bapa saudara saya menetap di Cheras, tetapi berasal dari kampung saya disebabkan pekerjaan berada di situ. Jam ketika itu sudah masuk 7.30 malam.

Selepas itu barulah meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Shah Alam.

Dipendekkan cerita pada jam 8.20 malam ketika itu hampir waktu Isyak sampai ke rumah saudara saya yang beralamat di Jalan Pilus Dua. 


Nota : Korang yang tak tahu ini adalah artikel yang ke-99 di blogspot ini.