Tuesday, 17 March 2020

Panduan berbelanja secara berhemat

Teruskan gerak perkongsian daripada Menghormati hak golongan OKU...

Isnin 2 Mac 2020 diadakan perhimpunan rasmi SEMENKOTA (Sekolah Menengah Kebangsaan Kota). Semua pelajar dan guru dikehendaki bergerak ke Dewan Kota Jelasin untuk perhimpunan rasmi sekolah tersebut pada jam 7.45 pagi. Disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan (lagu rasmi negeri Kelantan) dan lagu Usaha Jaya Mulia (lagu rasmi SEMENKOTA).

Antara kupasan daripada perhimpunan rasmi sekolah ialah berkaitan dengan sivik. Berbelanja secara berhemat merupakan tumpuan kepada nilai bertanggungjawab.

Cikgu Abdul Munif bin Razali juga merupakan guru kesayangan semasa zaman persekolahan pula menyampaikan sisipan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Sisipan yang diberi ialah panduan berbelanja secara berhemat.

Kemampanan ekonomi isi rumah dapat dicapai seandainya gaya hidup berhemah dipupuk oleh setiap individu. Sikap berbelanja secara berhemah adalah berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan diri sendiri, keluarga dan tidak didasari oleh kemampuan dan keinginan semata-mata. Dengan kata lain memupuk gaya hidup berhemah adalah berkaitan dengan sifat berjimat cermat dalam berbelanja dan tidak membazir.

Dari sudut agama, Islam juga melarang dan mencegah umatnya daripada membazir memandangkan pembaziran adalah perbuatan keji dan tidak mendatangkan sebarang faedah kepada individu mahu pun masyarakat selain melebarkan lagi jurang di antara golongan kaya dan miskin.

Amalan berbelanja secara berlebihan sehingga berhutang tidak sepatutnya dijadikan budaya kerana akan menimbulkan banyak keburukan pada diri, keluarga dan masyarakat. Justeru itu adalah amat penting kita menguruskan sebarang perbelanjaan secara bijak untuk menjamin kehidupan yang baik atau dalam kata lain bebas daripada cengkaman hutang.

Para pengguna perlu menyediakan satu senarai barangan yang ingin dibeli dan mematuhi senarai tersebut sebelum sebarang pembelian dibuat. Para pengguna dinasihatkan agar tidak terlalu mudah terpengaruh dengan sebarang gimik iklan dan janji-janji manis penjual. Seperkara yang penting, para pengguna perlu menyedari kebolehpercayaan sesuatu iklan dan menilai sama ada tahap keperluan barangan tersebut dan bukannya dipengaruhi iklan yang menarik. Sebarang pembelian mengikut nafsu perlu dielakkan kerana ini boleh menyebabkan para penguna berbelanja lebih.

Antara panduan ringkas seperti :


  1. Berdisplin merancang perbelanjaan
  2. Cari alternatif untuk meminimumkan perbelanjaan
  3. Buat perbandingan harga
  4. Berbelanja mengikut keutamaan
  5. Menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kereta ke tempat kerja
  6. Berhibur bersama keluarga secara sederhana


Apabila ingin membuat pinjaman, anda adalah dinasihatkan supaya meminjam mengikut kemampuan pendapatan atau gaji untuk pembayaran semula. Pastikan hutang tetap seperti pinjaman rumah, kenderaan dan sebagainya tidak melebihi 30% daripada jumlah gaji bersih anda. Lebih baik memilih untuk membayar melalui skim bayaran mudah yang disediakan oleh pengeluar kad kredit anda sekiranya anda membuat bayaran untuk sesuatu barangan yang mahal. Skim ini boleh membantu anda untuk membahagikan kos belian dalam satu jangka masa tanpa dikenakan sebarang kos kewangan jika pembayaran mengikut jadual. Menyediakan satu pelan belanjawan dan berbelanja mengikut pelan tersebut adalah satu amalan dan langkah bijak. Kaedah ini dapat mengelakkan anda berbelanja secara berlebihan.

Sebagai kesimpulannya, tabiat berbelanja melebihi kemampuan atau berbelanja melebihi pendapatan boleh menjadi salah satu punca ramai di antara kita terjerat dalam masalah hutang atau beban kewangan yang serius. Di sinilah sebenarnya betapa pentingnya prinsip pengurusan kewangan diamalkan. Tabiat boros dalam perbelanjaan harian perlu diubah sama ada dalam diri sendiri dan juga kepada seluruh anggota masyarakat untuk terus berdisplin ketika berbelanja. Kita perlu memantau dan mengawal perbelanjaan kita sekiranya setiap akhir bulan kita gagal menyimpan wang untuk simpanan. Ke manakah wang tersebut dibelanjakan? Adakah sewaktu berbelanja kita lebih cenderung berbelanja ke arah keperluan atau kehendak kita semata-mata? Seandainya tabiat ini berlaku dan berterusan ia perlu dihentikan dan dielakkan. Beringatlah sebelum terjebak dalam hutang. Berbelanjalah mengikut kemampuan bukan kemahuan. 


Kompilasi artikel perjalanan akhir tahun 2019 di Lembah Klang 18-26 Disember

Salam 16 Rejab. Saya terus mengambil kesempatan untuk mengumpulkan semua artikel tentang perjalanan ke Lembah Klang pada hujung tahun lepas 18-26 Disember 2019. Artikel sokongan iaitu blogspot Jom ke Masjid juga turut dikumpulkan. 

Perjalanan tersebut bermula pada hari Rabu 18 Disember 2019 bermula dengan Shah Alam lalu berada di sana selama 4 hari 3 malam. Selepas itu Sabtu 21 Disember 2019 pula terus pergi ke Bangi untuk perjalanan seterusnya lalu berada di sana selama 6 hari 5 malam. Perjalanan ini telah memakan masa lebih kurang 550 meter meliputi beberapa perjalanan selain daripada itu, kami ada satu lagi perjalanan iaitu Nilai, Negeri Sembilan...









Tuesday, 10 March 2020

Hari kedua Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Kota 2020

Sedikit saya akan kongsi daripada Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Kota 2020...

Khamis 27 Februari 2020 merupakan hari kedua Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Kota 2020 saya diberi peluang pergi berseorangan ada satu sukaneka yang tiap-tiap tahun diadakan di Padang SK Kota.


Kelihatannya ramai pelajar yang menyertai acara tersebut diantara rumah sukan. Nampaknya suara yang didengari ialah Cikgu Rosnani binti Ismail.

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Kota kebiasaannya dibuat di padang SK Kota. Rasanya padang di Taman Bustanul Abadi tidak boleh dibuat sebab padang terlalu sempit, berbanding padang SK Kota. 

Ini kerana padang SK Kota juga agak luas untuk acara bermacam-macam untuk SK Kota, SK Seri Kota dan SMK Kota membuat sukaneka atau lain-lain akan dibuat.

Nampaknya jam 10.15 pagi acara larian 100 meter telah bermula.





Lebih kurang jam 11.30 pagi para pelajar telah menamatkan acara larian 100 meter di padang sekolah rendah tersebut. Saya pun terpaksa balik awal disebabkan kerja di tempat saya makin banyak dalam lebih kurang 11.45 tengahari. Walaupun bekas pelajar SMK Kota saya pun masih merindui sekolah tersebut. 


Wednesday, 4 March 2020

Menghormati hak golongan OKU

Baik. Kita ada sedikit perkongsian ilmu semasa perhimpunan rasmi di SMK Kota diadakan di Dewan Kota Jelasin sekolah tersebut pagi Isnin 24 Februari 2020...

Cikgu Sapuan Awang Hab, merupakan guru kesayangan semasa zaman persekolahan pula menyampaikan sisipan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Sebelum itu artikel yang telah dikongsikan berkaitan dengan keluarga lalu merujuk kepada artikel Prihatin terhadap keluarga - Hormat menghormati

Kini saya berkongsi berkaitan dengan golongan OKU. Orang kurang upaya atau orang kelainan upaya, singkatannya OKU ialah suatu keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Penggunaan ini dikaitkan dengan model ketakdayaan upaya, dan bukan model ketakupayaan sosial atau hak asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Individu yang mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa.

OKU terdiri daripada masalah fizikal, mental, pembelajaran, pendengaran, pertuturan, penglihatan dan lain-lain yang dikategorikan sebagai OKU. 

Punca-punca terjadinya kelainan upaya daripada baka/keturunan, penyakit berjangkit, persekitaran, dadah dan alkohol. 

Di sekolah tersebut (SMK Kota) mempunyai kelas Pendidikan Khas khususnya kepada pelajar-pelajar OKU mempunyai masalah pembelajaran dan lain-lain masalah. Kelas Pendidikan Khas juga dikenali Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Di mana di bawah pentadbirannya, Cikgu Hamzah bin Abdullah Kutty.


Antara nilai-nilai yang dibuat terhadap golongan OKU ialah nilai hormat-menghormati. 

Secara objektifnya, kita perlulah mendefinisikan maksud hak golongan OKU. Objektif yang lain juga ialah menjelaskan punca berlakunya ketidakupayaan. Contohnya kecacatan fizikal akibat kemalangan. Selain itu juga menyenaraikan jenis-jenis golongan OKU. Objektif seterusnya kita seharusnya menyatakan langkah atas usaha untuk membantu golongan OKU. 

Definisi ini memberi layanan yang sopan kepada golongan yang kurang berupaya supaya mereka tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai ciptaan Tuhan. 

Peranan-peranan untuk membantu golongan OKU dengan melalui peranan ibu bapa supaya mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU. Peranan kerajaan juga bagi menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU. Dalam peranan media massa untuk menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi golongan OKU. Peranan terakhir juga melalui individu untuk menerapkan nilai-nilai murni terhadap menghormati hak golongan OKU. 

Contoh jenis ketidakupayaan ialah kecacatan penglihatan yang terdiri daripada masalah rabun, kemalangan kecil dan faktor usia. Cara-cara untuk membantu golongan yang cacat penglihatan ialah kita perlu membantu orang yang cacat penglihatan untuk melintas jalan. Cara lain juga memberi pembelajaran kepada orang yang cacat penglihatan untuk memberi pendidikan. 

Kesimpulannya semua pihak memainkan peranan penting untuk membantu golongan OKU. Semua pihak berganding bahu bagi membela nasib dan masa depan kepada golongan OKU. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.