Sunday 23 September 2018

Seminar Celik Kewangan KWSP bersama Fizo Omar

Salam semua. Pagi tadi saya bersama rakan peserta pergi ke satu seminar yang berlangsung di Kota Bharu bersama selebriti terkenal dari Pasir Puteh.


Pagi Sabtu 22 September tadi saya pergi ke Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan untuk menghadiri satu seminar berkaitan kewangan iaitu Seminar Celik Kewangan KWSP Bersama Selebriti Perniagaan Terkenal yang berasal dari Pasir Puteh, Fizo Omar. Saya bersama rakan sekolej pergi dengan bas milik kolej yang dihadiri lebih 40 pelajar termasuk siswa dan siswi.

Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama rangkaian akhbar Sinar Harian. Ucapan pertama dimulakan oleh Ketua Kewangan KWSP.

Selepas itu ucapan seminar tersebut dibacakan oleh Fizo Omar. Fizo Omar baru sahaja 2 minggu lepas telah melancarkan kedai makan FizoMawar Kitchen di Tambatan Diraja Kota Bharu.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah rakan terpilih, kakitangan dan pensyarah.

Seminar ini memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menyimpan untuk hari tua dan merancang simpanan KWSP dengan baik demi mengelak sengsara setelah bersara. 


Beliau telah berkongsi kecekalannya bangun semula setelah gagal dalam perniagaan akibat ditipu rakan sendiri. Cabarannya itu beliau percaya terdapat peluang untuk terus maju di dalam hidup dan baginya setiap permasalahan mempunyai jalan penyelesaian.

No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...