Sunday 24 March 2019

Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM Peringkat QIT Kota di SMK Kota

Salam semua. Adapun saya sebagai peminat SMK Kota sudah bercadang untuk berkongsikan cerita tentang festival nasyid dan tadarus Al-Quran sekolah-sekolah KPM peringkat QIT Kota dibuat pada Rabu lalu di SMK Kota, sebelah RTM Kelantan, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Walaupun saya sudah diberhentikan dari pengajian KTD tiga bulan yang lalu akibat gagal dalam ujian akhir semester. Inilah ceritanya...

Berdasarkan aplikasi WhatsApp yang diterima oleh pengawal keselamatan bertugas di sekolah tersebut, maka ramai-ramai pakat mari blako ke SMK Kota ini.

Pagi Rabu lepas saya terlepas pandang pergi ke Dewan Kota Jelasin SMK Kota untuk festival nasyid dan tadarus Al-Quran sekolah-sekolah KPM peringkat QIT Kota. Bertemakan Al-Quran Membawa Rahmat Untuk Umat. Tema ini adalah memupuk semangat cinta akan Al-Quran kepada umat Islam agar tidak ketinggalan zaman.

Antara sekolah-sekolah yang bertanding seperti,

1. SMK Kota
2. SMK Sultan Ismail
3. SMK Salor
4. SMK Pintu Geng
5. Maktab Sultan Ismail
6. SMK Zainab
7. SMK Dewan Beta
8. SMK Mulong
9. SMU Sulamiah Bunut Payong
10. Maahad Pengajian Islam
11. SMK Padang Enggang
12. SMKA Naim Lil Banat (Perempuan)

Selepas bacaan doa daripada Ustaz Mohd Zaid Yaacob, ucapan dimulakan oleh Ustazah Adilah, guru Pendidikan Islam dari SMK Mulong.  Beliau juga menjadi Ketua Hakim bagi festival nasyid berkenaan. Beliau berucap mengenai status permarkahan.

Pertandingan nasyid bermula dan dimulakan dari peserta dari SMU Sulamiah Bunut Payong.

Persembahan ketiga daripada pelajar sekolah kita, SMK Kota.



Persembahan lain iaitu daripada sekolah-sekolah yang bertanding.

Jam 12 tengahari selepas pertandingan ini berakhir, ucapan perasmian penutupan ini disempurnakan oleh Aminuddin Awang, selaku Ketua PPD Kota Bharu. Ucapan ini adalah ringkas. Pihak RTM Kelantan (Kelantan FM) walaupun bersebelahan dengan sekolah ini turut hadir dan teruja dengan persembahan nasyid ini. Pertandingan ini adalah berkaitan dengan dakwah dan keislaman. Kepada peserta yang menjadi johan pastinya amat membanggakan buat sekolah. Kemudian beliau merasmikan penutupan festival persembahan nasyid ini.

Seterusnya penyampaian hadiah kepada peserta dimulakan daripada peserta dari SMK Padang Enggang.

Tempat ketiga ialah peserta dari SMU Sulamiah Bunut Payong.

Naib johan bagi festival nasyid ialah peserta bagi sekolah kita, SMK Kota. Diiringi tiga guru pendidikan Islam sekolah ini ialah Ustazah Norhayati Musa, Ustazah Marinah Ab Rahman dan Ustazah Che Yang Husin.

Johan bagi festival nasyid ini secara keseluruhan dimenangi oleh peserta dari SMKA Naim Lil Banat (Perempuan). Tahniah kepada peserta ini yang meraih sebagai johan festival nasyid.


Sebelum penutup majlis ini mereka bergambar bersama-sama sebagai kenangan. Kepada yang tidak berjaya, cubalah di hari lain dan seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...