Salam Jumaat yang mulia. Semenjak saya telah mempersembahkan artikel bertajuk Iktikaf di Bunut Payong pada 20 Mei bersamaan 15 Ramadan lalu. Artikel tersebut berkenaan dengan perjalanan beriktikaf di beberapa masjid yang saya singgahi sepanjang bulan Ramadan seperti kawasan Telipot dan Bunut Payong. Pada hari itu berhajat untuk beriktikaf di Masjid Kota pada masa itu, tapi saya terlalu banyak lagi kesibukan. Rasanya sudah hampir sebulan blogspot ini lama tidak dikemaskinikan. Kebetulan saya terlihat kenyataan berkenaan dengan karnival kokurikulum yang dibuat dalam dua hari di kompleks Sekolah Kampung Kota. Satu-satunya di sekolah rendah di kawasan ini.
Karnival Kokurikulum sekolah ini pada 13 - 14 Jun 2019. Karnival Kokurikulum besar besaran ini seperti Soopa Doopa dan aktiviti lain seperti JPJ, BOMBA, PDRM, pejabat kesihatan, PTPTN, Bank Persatuan dan banyak lagi.
Kali ini saya datang ke karnival di SK Kota ini. Ini memang bukan kali pertama juga disambut.
Pelbagai karnival yang ada dalam sambutan ialah Permainan Soopa Doopa.
Pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti memanah, berbasikal dan sebagainya. Badan-badan agensi yang terlibat ialah JPJ, Bomba, PDRM, Pejabat Kesihatan, PTPTN, bank Persatuan dan sebagainya. Gerai-gerai makanan dan minuman juga turut disediakan kepada semua.
Saya teringin untuk berjumpa dengan staf PTPTN untuk menyelesaikan hutang PTPTN. Staf bertanya kepada saya mengenai PTPTN saya.
Aktiviti yang dijalankan oleh Bomba ialah demontrasi kebakaran.
Nota : Pada hari terakhir ada Persembahan Wayang Kulit budaya Warisan Kelantan Kita diadakan pada Jumaat malam Sabtu. Acara disensasikan lagi dengan Perlawanan Sepakan Penalti pada pagi Jumaat juga dengan kategori U12 dan U15.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ke pesta buku Kelantan 2025 walaupun dalam keadaan putus jari
Salam. Sedikit tentang suasana pesta buku. Pesta buku negeri Kelantan diadakan setiap tahun. Tahun ini pula diadakan di tempat yang sama se...

-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam 29 Ramadan 1446 Hijriah dan hari terakhir Ramadan. Sedikit perkongsian tentang aktiviti bulan Ramadan. Sabtu 22 Mac 2025 malam bersam...
-
Sedikit daripada 2 minggu lalu. Petang Rabu 29 Januari 2025 bertepatan dengan hari tahun baru Cina diadakan dengan satu festival patuh sya...
No comments:
Post a Comment