Friday, 14 February 2020

Perjalanan akhir tahun 2019 - Mencari durian di dusun belakang surau

Salam hari Jumaat 20 Jamadilawal. Meneruskan lagi perjalanan ke Lembah Klang yang mana kita sudah menghampiri ke penghujungnya.  Bersambung daripada Perjalanan akhir tahun 2019 - Menjejakkan ke Nilai dan Sungai Merab dan beriadah di taman berdekatan waktu petang

Tengah hari Rabu 25 Disember 2019 kami terus keluar ke Bangi untuk mencari makan. 

Letaknya dalam 5 km kalau misalnya bertolak dari Taman Langat Jaya. Singgahlah meta boh di restoran makanan orang Pahang dulu. 

Pekena pula ikan patin masak tempoyak dan opor daging, bukannya telefon Oppo ya. Sedaplah boh. 

Dalam 5.30 petang saya terus ke dusun durian untuk mendapatkan buah durian. Hari tu sudah dapat 4 butir buah durian. Sukanya bau durian. 

Selepas solat Maghrib di surau berdekatan terlihat pula pokok durian yang masih berbuah. Tetapi kalau kat Kelantan susah nak berbuah. Baru ini bulan Ogos sudah berbuah dan baru dapat. 


Dah zoom-in. Dapat dah lihat buah durian yang berbuah. 

Seterusnya sebelah malam itu juga kami terus pergi makan di salah sebuah restoran makanan halal di Bangi. Taukenya India Muslim. Saya pula pekena Mee Hailam. Kuahnya rasa macam tak berapa sedap sikit. 

Selepas itu saya pun terus memandu untuk sampai ke Bangi. Alhamdulillah saya memandu beri kesempatan pula untuk mengisi minyak di Petronas Bangi sebelum keesokan harinya akan kembali sampai ke rumah.

Ketika itu jam 9.00 malam dipendekkan kami sampai ke rumah yang terletak di Seksyen 16. 

No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...