Salam Isnin buat korang yang tengah bekerja guys. Masuk hari ke-3 perjalanan ke Melaka dan bersambung daripada artikel Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Berselam di Klebang.
Saya pernah sampai di sini ketika darjah 6 tak silap saya. Ketika itu belum ditumbuhi dengan pokok rhu.
Ia terdiri daripada kapal selam lama yang tersadai dan dijadikan sebagai pameran untuk tarikan pelancong luar dan dalam. Antara pematuhan SOP sebelum memasuki Muzium Kapal Selam seperti senaraikan nama, check suhu dan mencuci tangan dengan hand sanitizer terdahulu. Imbas terdahulu MySejahtera, memakai face mask, penjarakan 1 meter dan had masa untuk melawat ialah 1 jam.
Kerana pematuhan SOP ketat yang dijalankan sepanjang PKPP pintu masuk ke kapal selam sudah ditutup. Ini kerana kawasan dalam ini dikatakan sempit dan amat mudah dijangkiti COVID-19.
Perjalanan diteruskan lagi ke pantai buatan manusia, iaitu Pantai 1 Malaysia. Letaknya tidak jauh dari Muzium Kapal Selam.
Kami pun terus berjalan kaki ke kawasan pantai tersebut. Suasana yang indah apabila terbenamnya matahari.
No comments:
Post a Comment