Monday, 1 May 2023

Sekitar kenangan Raya 2023

Selamat hari pekerja buat semua yang bertugas atau bekerja demi mencari rezeki di seluruh Malaysia. 1 Mei merupakan tarikh hari pekerja yang disambut setiap tahun. Maka kali ini mempersembahkan artikel yang ke-198 di blogspot Nota Untukmu. 




Sebelum itu sebenarnya saya dalam mood malas buat apa-apa. Sepertimana di dalam artikel ke-197 iaitu Ziarah Ramadan 2023 semperna Hari Nuzul Al-Quran pada 13 April lalu. Sebab sebelum ini saya keluar berseorangan ke Bangi pada cuti Nuzul al-Quran baru ini. 

Gambar di atas ketika sambutan hari raya Aidilfitri Peingkat Parlimen Jeli yang disambut pada 3 Syawal. Yang mana berhampiran dengan rumah bapa saudara di kawasan itu. 





Gambar bersama keluarga, saudara mara dan sahabat handai di Jengka pada 7 Syawal. 









Ini pula gambar bersama sebahagian keluarga di Terengganu pada 8 Syawal. 

Inilah sedikit ringkasan yang saya kongsikan korang tentang kenangan hari raya Aidilfitri 2023. Rupanya 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu, maka tiada lagilah kelam kabut habis seluruh Malaysia seperti tahun lepas. Jika melihat pada kalendar takwim maka hari itulah disambut raya. Pagi Khamis 6 Syawal terus bertolak ke Pahang dan berakhir di Terengganu pada Ahad 9 Syawal. Sekian. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada keluarga penulis blogspot NOTA UNTUKMU. 




No comments:

Post a Comment

Ke pameran My Future Jobs peringkat negeri

Salam. Sedikit tentang acara yang dibuat minggu lalu.  Petang Ahad 25 Mei 2025 selesai majlis kenduri di salah sebuah waris saya yang diadak...