Salam malam Jumaat 30 Ramadan 1447 Hijriah. Sedikit perkongsian ringkas tentang bulan yang mulia ini. Walaupun pada hari Sabtu 21 Mac 2026 akan menyambut 1 Syawal.
Saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri, maaf, zahir dan batin.
Sabtu 28 Februari 2026 bersamaan malam 11 Ramadan 1447 Hijriah selepas sunat tarawih di masjid mukim Pendek digemparkan dengan satu kejadian kebakaran semak di kawasan berhampiran tali air yang berpunca daripada kanak-kanak bermain mercun. Api berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba.
Selasa 3 Mac bersamaan malam 13 Ramadan berlaku gerhana bulan yang mana telah diramalkan pada jam 7.05 malam. Alhamdulillah zoom-in dapat melihat kejadian fenomena alam yang jarang berlaku. Umat Islam ketika itu menyeru untuk bersama-sama menunaikan solat sunat gerhana selepas solat sunat terawih.
Pagi Sabtu 7 Mac bersamaan 17 Ramadan iaitu semperna dengan hari Nuzul Quran, keluar untuk membeli barangan untuk kelengkapan hari raya di pusat membeli belah KB Mall.
Petang Ahad 8 Mac bersamaan 18 Ramadan singgah ke rumah nenek saudara di Tembesu Limbat. Tidak ketinggalan juga singgah menunaikan solat dan beriktikaf di masjid mukim berdekatan. Difahamkan masjid baru ini mula beroperasi minggu lalu walaupun hampir siap sempurna.
Petang Selasa 10 Mac bersamaan 20 Ramadan. Sebelum pulang dari kampung ibu saya singgah di gerai kuih-muih untuk persediaan berbuka puasa. Di sebelahnya terdapat masjid kecil ini. Lihat artikel Masjid Haji Said, Lating, Mulong di blogspot Alam Melayu dan Islam.
Sabtu 14 Mac bersamaan malam 25 Ramadan diadakan majlis berbuka puasa perdana di masjid mukim Pendek, letaknya lebih kurang 300 meter dari rumah. Sebelum berbuka dapatlah berzikir dan tahlil sehingga solat tarawih.
Selepas terawih dan moreh, dapatlah beriktikaf dan beramal ketika malam tersebut. Kemudian dapat bermalam di masjid ini sebelum membuat Qiamullail sehingga pulang ke rumah.
Pagi Selasa 17 Mac bersamaan 27 Ramadan dalam perjalanan ke tempat kerja singgah di masjid besar ini. Lihat Di dalam Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.












No comments:
Post a Comment