Salam Jumaat terakhir Syawal. Merujuk pada artikel Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Kembali ke Kelantan dengan memasuki Jeli yang dipersembahkan Selasa lalu. Selesailah sudah cerita perjalanan terbaharu ke Lembah Klang dan selatan. Seterusnya ketika bulan Syawal banyak aktiviti dijalankan seperti mengadakan rumah terbuka dan sambutan untuk komuniti setempat. Yang ini diceritakan lagi...
Jumaat 27 Mac 2026 malam diadakan sambutan hari raya bertempat di Dewan Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Saya masuk acara ini selepas solat Isyak di surau berdekatan. Lihat artikel Surau Yayasan Islam Kelantan di blogspot Alam Melayu dan Islam. Kelihatan ramai komuniti terdiri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor.
Ini adalah majlis sambutan hari raya Aidil Fitri peringkat Dun Salor 2026. Kawasan ini merupakan pentadbiran ADUN Salor, Saizol Ismail dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Lalu bertemu mata bersama beberapa wakil dan perwakilan Perikatan Nasional (PN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Tidak ketinggalan juga artis undangan yang memeriahkan bersama iaitu penyanyi dikir tempatan yang terkenal iaitu Fendi Kenali dan Denmanjo.
Sebelum ini Denmanjo ini pernah viral Bea Sobar Bea atau Cinta Setandan Pisang yang bergandingan bersama Eda Ezrin pada tahun 2024. Itupun sudah dinyanyikan bersama. Terkini baru sahaja melancarkan lagu terbaharu mereka iaitu Adek Saye Abe Sore yang kini mencecah lebih 1 juta tontonan di YouTube semenjak dilancarkan pada hujung Mac lalu. Liriknya menyebut "hanyo adik dale hati".






No comments:
Post a Comment