Monday 28 August 2023

Video sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri Kelantan di SMK Kota

Salam Isnin 11 Safar 1445H. Merujuk pada artikel Galeri sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri Kelantan di SMK Kota yang dipersembahkan semalam. Kini kongsikan pula mengenai video sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri Kelantan...






1. Video lanjut






2. Perasmian penutupan hari koperasi sekolah peringkat negeri






3. Karnival Stem peringkat negeri







Sunday 27 August 2023

Galeri sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri Kelantan di SMK Kota

Merujuk pada artikel Sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri Kelantan di SMK Kota di hari pertama - Bahagian 2 yang dipersembahkan pada minggu lepas. Ini pula ada satu cerita yang tidak dapat menyertai pada hari tersebut...





Merujuk daripada laman Facebook Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Julai lalu mengadakan sambutan hari koperasi sekolah peringkat negeri Kelantan buat julung kali diadakan pada tahun 2023 selari dengan Jualan Madani yang mana konsep Madani diinspirasikan oleh Perdana Menteri sekarang ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sambutan ini diadakan pada hari Isnin 24 hingga 26 Julai bertemakan memupuk semangat perpaduan melalui aktiviti keusahawanan koperasi sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan seperti gerai jualan, pameran, pertandingan, persembahan, karnival Stem peringkat negeri, majlis perasmian penutupan dan pelbagai lagi berkaitan keusahawanan. 

Cuma aktiviti diteruskan lagi dengan pelbagai info tentang sambutan walaupun tidak sempat merakam beberapa keping gambar, disertai dengan beberapa pautan. 















Karnival Stem Peringkat Negeri Kelantan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan diadakan pada Ahad 23 dan Isnin 24 Julai. Karnival ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPN Tuan Haji Mashadi Mustafa dengan bertemakan Futuristic. Antara barisan pentadbir yang hadir iaitu Pengetua SMK Kota Puan Hajjah Rosemawati Ibrahim dan Penolong Kanan Kokurikulum Pauzi Mohamed. 









Program menderma darah anjuran Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk guru, staf dan pelajar Tingkatan 6. 


















































Pelbagai aktiviti semperna hari koperasi sekolah peringkat negeri Kelantan. Perasmian sambutan disempurnakan oleh Naib Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Amran Abdul Kadir. Manakala penutupan disempurnakan oleh Pengarah SKM negeri Zainuddin Mohamed pada Rabu 25 Julai. 




Saturday 19 August 2023

Sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri Kelantan di SMK Kota di hari pertama - Bahagian 2

Bersambung daripada Sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri Kelantan di SMK Kota di hari pertama - Bahagian 1...





Inilah keadaan dewan Kota Jelasin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota ketika itu jam 9.50 pagi. Ketika itu sedang menunggu beberapa VIP untuk masuk ke dewan. 




Saya pun bergambar juga dengan kelab Stem dari Kompleks Sekolah Sultan Ismail (SIC), Telipot. 










Inilah keadaan Ustazah Haini Adna dari sekarang. Keadaannya bertongkat tidak sama dari zaman sekolah saya dulu sebab masa itu dia masih gagah berjalan walaupun sakit lutut. Gambar di atasnya adalah Cikgu Hazama Yusoff dan Cikgu Rodziah Mustaffa. 














Ini pula bersama guru TikTokers SMK Kota Ustazah Norhayati Musa, Cikgu Norhayati Mahassan dan Teacher Sarimah Abdul Kadir. Ustazah Norhayati Musa sekarang memulakan tayangan video ringkas tentang perkembangan keluarga dan SMK Kota melalui laman sosial TikTok sejak tahun 2021. 

Antara yang sempat bergambar melalui kedua-dua gambar di atas bersama Teacher Wan Nurul Asyikin, Cikgu Siswa Susila, Cikgu Che Muji, guru kuat koperasi SMK Kota Cikgu Suhaimi Sulaiman, Ustaz Mohd Zaid Yaacob dan Cikgu Abdul Munif Razali. Sekarang Cikgu Munif baru sahaja bersara pada Khamis 17 Ogos lalu dan meraikan hari lahirnya pada tepat hari ini 19 Ogos semenjak menjadi guru di sekolah berkenaan sejak tahun 1997. Selamat bersara dan selamat hari lahir buat Cikgu Munif. Semoga Cikgu Munif panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan diberi luangkan masa ketika waktu bersara. 





Ada lagi aktiviti lain yang boleh dijalankan semasa hari koperasi seperti :

1. Kaunter Tabung Haji

2. Pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan mata, derma darah, saringan kesihatan dan info tentang kesihatan

3. Pameran pelbagai agensi seperti AADK, Jabatan Kraftangan dan KWSP

4. Urusan bank

5. Pameran IPT

6. Perkhidmatan JPJ secara online

7. Koperasi USM

8. FAMA

9. Perkhidmatan telekomunikasi


Setakat ini gambar yang saya sempat ambil semasa sambutan hari koperasi sekolah peringkat negeri buat julung kali diadakan pada tahun 2023. 




Tuesday 8 August 2023

Sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri Kelantan di SMK Kota di hari pertama - Bahagian 1

Merujuk pada artikel Ringkasan aktiviti sepanjang Aidiladha 2023 yang dipersembahkan Rabu lalu. Di bekas sekolah menengah saya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu diadakan satu karnival hari koperasi sekolah dan Jualan Madani peringkat negeri Kelantan. Anjuran ini dengan kerjasama Koperasi SMK Kota Berhad (KOPTA), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA). Aktiviti ini diadakan pada hari Isnin 24 hingga Rabu 26 Julai 2023. 




Pada hari pertama Isnin 24 Julai saya dapat pergi ke SMK Kota untuk menghadiri karnival jualan peringkat negeri semperna hari koperasi sekolah peringkat negeri Kelantan buat julung kalinya. Gambar ini diambil sekitar jam 8.55 pagi. 









Ini adalah kali ke-2 dapat saya sertai hari koperasi berkenaan walaupun merupakan bekas pelajar dari tahun 2013-2017, pada September tahun lalu. Di mana tahun tersebut itu merupakan acara kali pertama diadakan setelah tergendala akibat COVID-19 pada tahun 2020. Lihat Gala Kokurikulum SMK Kota 2022










Pelbagai karnival jualan ketika hari koperasi yang diadakan pada 24-26 Julai...





























Yang saya sempat beramah mesra dengan guru-guru bersama dengan saya ketika itu yang masih ada sekarang. Antaranya Cikgu Mohd Sapuan Awang Hab, Cikgu Mazri Ramli dan Ustaz Md Zaid Yaacob. 



Wednesday 2 August 2023

Ringkasan aktiviti sepanjang Aidiladha 2023

Salam pertengahan Muharam 1445 Hijriah. Kali terakhir artikel Lambaian haji di KLIA dipersembahkan pada 26 Jun lalu. Selepas itu tidak menulis apa-apa disebabkan bukan kerana malas atau mood. Padahal bulan Zulhijjah sudah meninggalkan kita semua dan maka tamatlah tahun Islam 1444 Hijriah. Bila sudah memasuki tahun baru Islam banyaklah aktiviti yang kita rancang sepanjang tahun dengan segala kesibukan termasuk bulan Muharam setiap tahun baru Islam diadakan aktiviti mengacau bubur asyura. Dan lebih kurang 2 minggu lagi pula diadakan pilihanraya negeri (PRN) di 6 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang. 




Khamis 29 Jun 2023 umat Islam di seluruh Malaysia menyambut hari raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1444H. Manakala segala aktiviti korban di hari Tasyrik pula pada Jumaat 11 hingga Ahad 13 Zulhijjah bersamaan 30 Jun hingga 2 Julai. 




Gambar kedua-dua diambil pada hari raya pertama. Saya menunaikan solat sunat hari raya di masjid kampung sendiri iaitu Masjid Mukim Pendek. 




Seterusnya saya dan ayah ke tempat sembelihan korban di rumah rakan ayah di Mentuan, Kedai Lalat. 






Sabtu 1 Julai kami ke Limbat, Pasir Tumboh untuk menghadiri satu majlis. Kebetulan itu cucu nenek saudara pula nekad berani memilih robot besar sebagai simbolik memeriahkan majlis. 




Petang itu pula diteruskan lagi ke rumah majikan ayah di Mentuan untuk menghadiri satu lagi majlis kenduri. Lalu singgah beberapa tempat. Lihat artikel di blogspot Jom ke Masjid iaitu Masjid Nur Zakirin, Kerasak, Mentuan, Kelantan diikuti Masjid Al-Qasimi, Parit Lama waktu siang




Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...