Salam. Hampir sebulan tidak berbuat artikel di blogspot yang mana kali terakhir menulis artikel menerusi Sedikit ke Jeli dan Tumpat awal Ogos 2025 yang dibuat pada 14 Ogos. Apapun biarpun banyak artikel tentang sedikit cerita sepanjang bulan lalu biarpun sudah berlalu.
Khamis 7 Ogos 2025 malam saya dan keluarga pergi ke Taman Sri Iman di mukim Panji untuk menghadiri majlis tahlil dan solat Isyak. Ini adalah majlis tahlil untuk arwah sepupu saya iaitu Naqib yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 16 Julai. Lihat Dari tanah perkuburan terus ke majlis 'kuca sugho'. Aktiviti malam itu pula dibuat di surau yang letaknya 200 meter dari kediaman arwah Naqib. Lihat artikel Surau Taman Sri Iman, Panji di blogspot Alam Melayu dan Islam.
Esoknya Jumaat 8 Ogos pergi ke rumah ibu saya di Tembesu Limbat untuk menghadiri majlis. Maka ayah dan saya sendiri sahaja menunaikan solat Jumaat di masjid Al-Qasimi yang terletak berdekatan Pasir Tumboh.
Pada 19 Julai baru ini ada satu majlis solat hajat untuk bakal menduduki kediaman baharu bagi dua tempat berasingan iaitu rumah bapa saudara dan sepupu lelaki yang memiliki isteri di Tembesu Limbat ini. Kali ini diadakan pula solat hajat untuk adik kepada sepupu lelaki iaitu adik perempuan yang bakal memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) pada minggu seterusnya baru ini. Semoga dapat melahirkan insan yang berjaya dan cemerlang buat adik perempuan itu.
Tengah hari Jumaat 29 Ogos terus ke Panji untuk menghadiri majlis kenduri tahlil 40 lalu menunaikan solat Jumaat di masjid mukim Teluk Panji. Azan ke-2 sebelum khutbah Jumaat yang merdu diperkumandangkan oleh sepupu lelaki yang berada di Kuala Berang.
Letaknya tidak jauh dari kediaman arwah Naqib yang meninggal dunia akibat kemalangan baru ini di Taman Sri Iman. Masjid ini menjadi pilihan apabila berada berdekatan Taman Sri Iman.
Selepas solat terus ke kediaman arwah untuk sedikit jamuan tahlil. Bukan dari sini sahaja, sanak saudara pun ada yang datang dari Kuala Berang yang bekerja sebagai kedai nasi kukus Umira. Kali terakhir majlis tahlil 40 di sini adalah semperna dengan kematian ibu saudara yang meninggal dunia pada 3 tahun lalu, iaitu September 2022 akibat sakit tua dan strok.
Esoknya pula pagi Sabtu 30 Ogos, menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 menghadiri satu majlis akikah di Kubang Panjang, Pasir Mas.
Pada sebelah petang selesai sudah ke rumah waris sepupu saya di mukim Kota, terus menghadiri lagi majlis perkahwinan waris sepupu kakak ipar di Kampung Tini, Pasir Hor.
No comments:
Post a Comment