Saturday 19 August 2023

Sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri Kelantan di SMK Kota di hari pertama - Bahagian 2

Bersambung daripada Sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri Kelantan di SMK Kota di hari pertama - Bahagian 1...





Inilah keadaan dewan Kota Jelasin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota ketika itu jam 9.50 pagi. Ketika itu sedang menunggu beberapa VIP untuk masuk ke dewan. 




Saya pun bergambar juga dengan kelab Stem dari Kompleks Sekolah Sultan Ismail (SIC), Telipot. 










Inilah keadaan Ustazah Haini Adna dari sekarang. Keadaannya bertongkat tidak sama dari zaman sekolah saya dulu sebab masa itu dia masih gagah berjalan walaupun sakit lutut. Gambar di atasnya adalah Cikgu Hazama Yusoff dan Cikgu Rodziah Mustaffa. 














Ini pula bersama guru TikTokers SMK Kota Ustazah Norhayati Musa, Cikgu Norhayati Mahassan dan Teacher Sarimah Abdul Kadir. Ustazah Norhayati Musa sekarang memulakan tayangan video ringkas tentang perkembangan keluarga dan SMK Kota melalui laman sosial TikTok sejak tahun 2021. 

Antara yang sempat bergambar melalui kedua-dua gambar di atas bersama Teacher Wan Nurul Asyikin, Cikgu Siswa Susila, Cikgu Che Muji, guru kuat koperasi SMK Kota Cikgu Suhaimi Sulaiman, Ustaz Mohd Zaid Yaacob dan Cikgu Abdul Munif Razali. Sekarang Cikgu Munif baru sahaja bersara pada Khamis 17 Ogos lalu dan meraikan hari lahirnya pada tepat hari ini 19 Ogos semenjak menjadi guru di sekolah berkenaan sejak tahun 1997. Selamat bersara dan selamat hari lahir buat Cikgu Munif. Semoga Cikgu Munif panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan diberi luangkan masa ketika waktu bersara. 





Ada lagi aktiviti lain yang boleh dijalankan semasa hari koperasi seperti :

1. Kaunter Tabung Haji

2. Pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan mata, derma darah, saringan kesihatan dan info tentang kesihatan

3. Pameran pelbagai agensi seperti AADK, Jabatan Kraftangan dan KWSP

4. Urusan bank

5. Pameran IPT

6. Perkhidmatan JPJ secara online

7. Koperasi USM

8. FAMA

9. Perkhidmatan telekomunikasi


Setakat ini gambar yang saya sempat ambil semasa sambutan hari koperasi sekolah peringkat negeri buat julung kali diadakan pada tahun 2023. 




No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...