Merujuk kepada artikel Perutusan Hari Guru 2019 dikirimkan Khamis lepas. Artikel tersebut berkenaan dengan bacaan perutusan hari guru 2019 daripada Menteri Pendidikan. So baru saya rasa pergi berehat di masjid sekitar Kota Bharu selepas baru balik Dari kerja pukul 11 pagi. Begini ceritanya...
Pagi Khamis 16 Mei 2019 saya ada kerja sekejap di Pasir Mas. Cuma bertolak pula pukul 11 pagi untuk berehat sambil beriktikaf di masjid. 11.40 pagi saya sudah sampai di bangunan SUK Kelantan dan sampai di surau untuk beriktikaf.
So inilah baru boleh membaca Surah At-Taubah dengan kitab Surah besar. Disambung lagi dengan Surah Yunus. Alhamdulillah keadaan sungguh tenang dan ramai orang. Puah hati ambo. Semoga ditajamkan lagi akal fikiran, diberi keluasan ilmu yang bermanfaat, dilancarkan hujah dan pemahaman sambil ditingkatkan qurbah dan ma'rifat.
12.30 sampai pula di sini ialah Masjid Telipot lalu beriktikaf di masjid ini. Sebelum solat Zohor saya menunaikan solat sunat Taubat, Tahajud, solat sunat hajat dan solat rawatib.
Antara tazkirah Ramadan yang disampaikan selepas solat Zohor ialah :
Rasulullah SAW Amat Pemurah Di bulan Ramadan
Dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhu dia berkata; "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Qur'an kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus." (HR Muslim No: 4268) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah adalah contoh terbaik antaranya dalam sifat pemurah yang perlu kita ikuti.
2. Setiap kita perlu berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian antaranya bersedekah kerana balasan amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
3. Bersedekah termasuk di dalamnya menyediakan berbuka puasa kepada orang-orang yang berpuasa juga kepada golongan fakir miskin.
4. Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja sepanjang Ramadan bahkan di bulan lain kerana bersedekah memberikan pengaruh yang baik pada peribadi - menghakis sifat kedekut dan mempereratkan ikatan kemesraan anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
5. Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Firman Allah SWT,
“Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal” (QS an-Nahl: 96)
6. Harta yang kita infak tetap akan kekal pahalanya, namun harta yang tinggal pada kita belum tentu mendatangkan manfaat dan pahala.
7. Tadarus al-Quraan juga antara amalan yang digalakkan agar dapat menyemak bacaan yang betul
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG : afiqaslam_271100
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah
Salam. Merujuk pada artikel Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu yang dipersembahkan pada 30 Ok...
-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam Jumaat. Merujuk pada artikel Mari hadir ke pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat Ridhuan AS dipersembahkan pada Rabu 14 Oktobe...
-
Salam hari Arafah. Sedar tak sedar esok bermulanya Hari Raya Aidil Adha, dikenali dengan hari raya korban atau hari raya haji. Disambung lag...
No comments:
Post a Comment