Thursday, 19 December 2024

Dugaan hujan begitu paling lebat dalam sejarah

Salam. Ada perkongsian daripada 3 minggu lalu. 




Dalam artikel Urusan di sekitar Jeli telah dibuat kelmarin. Ketika itu telah tibanya Monsun Timur Laut (MTL) yang mana boleh menyebabkan berlakunya hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di kawasan pesisir pantai berdekatan Laut China Selatan. Musim ini boleh menyebabkan berlakunya banjir. Ketika itu juga pekan Rantau Panjang belum digenangi banjir walaupun pekan itu sering digenangi banjir pada setiap hujung tahun. Kuih putu halba adalah kuih tradisional di Pantai Timur seringkali ada apabila tibanya musim tengkujuh. Seterusnya pada Mac hingga Ogos telah tibanya Monsun Barat Daya (MBD) yang mana boleh menyebabkan berlakunya cuaca panas melampau, kemarau berpanjangan dan jarang hujan. 

Hujan yang sangat luar biasa telah berlaku antara hari Rabu - Sabtu 27-30 November 2024 menyebabkan kenaikan paras air begitu sangat ketara di sekitar negeri Pantai Timur, Johor, Perak, Lembah Klang dan sebahagian negeri di utara. Dan juga antara menjadi penyebab banjir besar telah melanda di sebahagian negeri tersebut yang mana negeri kita Kelantan ini merupakan paling ramai terjejas banjir pada hujung tahun tersebut. Jajahan Tumpat dan Pasir Mas antara jajahan di negeri Serambi Mekah berkenaan yang paling teruk terjejas. 





Gambar ini diambil ketika di rumah saya Pendek ini jam 3.05 pagi Rabu 27 November (tarikh lahir saya ke-24). Setakat ini masih tiada perubahan. 





Keadaan paras air Sungai Kelantan di Dewan Grandara Pendek pada Khamis 28 November jam 3.23. 









Keadaan di Dewan Grandara Pendek pada Sabtu 30 November jam 10.27. Suatu hari saya dapat menantu boleh bergambar di sini. 


















Ini sejarah paras air banjir besar di ruang luar rumah saya pada hujung tahun 2014 atau 'Bah Kuning 2014'. Kira-kira 10 tahun lalu. Tentang banjir di sekitar kampung saya boleh rujuk artikel yang dibuat 3 tahun lalu. Lihat artikel lama Bah kuning melanda kampungku 7 tahun lalu masih dalam ingatan




No comments:

Post a Comment

Ke pesta buku Kelantan 2025 walaupun dalam keadaan putus jari

Salam. Sedikit tentang suasana pesta buku.  Pesta buku negeri Kelantan diadakan setiap tahun. Tahun ini pula diadakan di tempat yang sama se...