Wednesday, 29 January 2025

Aktiviti sepanjang hujung dan awal tahun

Salam tahun baru Cina 2025 untuk semua kaum Cina yang 'merayakan' pada hari ini. Walaupun sudah memasuki hari ke-29 tahun baharu 2025, inilah beberapa artikel yang dilakukan pada beberapa minggu lalu. 




Petang Jumaat 27 Disember 2024 saya dan keluarga berkesempatan menghadiri majlis kenduri di Binjai, Kubang Kerian. Kemudian, terus bersantai ke Pantai Melawi. 





Tengok-tengok tangga kayu ke menara kayu tinjau sudah patah yang mungkin disebabkan oleh pukulan ombak baru ini. Jadi tidak dapat naik jika dibandingkan dengan artikel yang dibuat September lalu. Lihat Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Dari kenduri maulud ke pantai-pantai sekitar Bachok





Tengah hari Sabtu 18 Januari 2025 berkesempatan hadir ke majlis kenduri sahabat ayah di Moara Hall Pulau Belanga, Pengkalan Chepa. 









Berada di tepi sungai yang dikelilingi paya memudahkan merakam gambar di kawasan titi kayu ini. 





Kemudian saya pun keseorangan ke majlis kenduri sepupu di Tok Sadang, Pengkalan Chepa. Manakala tiga sekeluarga pun tinggal di rumah bapa saudara di Jalan Bayam kerana tidak mahu mengikuti majlis itu. Ia mungkin disebabkan adik kepada ibu saya telah mengalami masalah adik-beradik dan keluarga. Cuma tidak sempat mengambil gambar perkahwinan sepupu itu. Maka diambil gambar daripada sumber Instagram




No comments:

Post a Comment

Aktiviti awal Mei 2025 - 'Bekwoh' di Tumpat dan apa terjadi berlaku selepas tragedi bah tahun lalu

Salam hari Ahad 19 Zulkaedah 1446 Hijriah. Bersambung daripada cerita  Aktiviti awal Mei 2025 - Ke beberapa tempat di Bachok termasuk tempat...