Salam 25 Muharram 1447 Hijriah. Bersambung daripada artikel Sedikit cerita awal Muharram 1447 Hijriah - Bahagian I.
Dari Telong terus menghala ke Tok Bali. Kemudian singgah di masjid ini. Lihat artikel Masjid Al-Hasanain, Kuala Semerak, Tok Bali di blogspot Alam Melayu dan Islam.
Sekitar jam 3.30 singgahlah di Pantai Bisikan Bayu di Semerak. Letaknya kira-kira 3 km ke sempadan negeri Terengganu.
Kelihatan dalam gambar ini ialah D'Rhu Rehlah tempat adik saya yang sekarang baru Tingkatan Empat bersama rakan-rakannya mengadakan kem pada pertengahan Jun lalu.
Singgah untuk mendamaikan suasana. Kali terakhir singgah di sini lebih kurang 8/9 tahun yang lalu tak silap.
Kelihatan bayangan bukit ini adalah bukit Keluang di Kuala Besut.
Singgah di rumah bapa saudara di Tembesu, Limbat untuk melihat projek rumah yang ketika itu baru tinggal 90% siap.
Biasa kalau nampak rumah ini sudah kelihatan moden seperti perubahan masa sekarang. Ia menggantikan struktur rumah dengan pelbagai faktor iaitu uzur, struktur kayu dimakan anai-anai dan bumbung bocor.
Apabila sampai ke rumah semasa waktu azan Maghrib didapati saya telah memandu sejauh 105 km. Untuk pengetahuan, ini adalah artikel ke-287 di blogspot NOTA UNTUKMU ini.
No comments:
Post a Comment