Gong Xi Fa Cai. Walaupun hari ini merupakan hari ke-3 perayaan yang disambut oleh berbangsa Tionghua. Adapun malam semalam kami selamat sampai kembali daripada perjalanan 2 hari semalaman ke Terengganu melibatkan beberapa tempat. Tetapi kita terus dikemaskinikan dulu dengan perjalanan hujung tahun 2019 di sekitar Lembah Klang 18-26 Disember 2019 dan masih meneruskan perjalanan masuk ke hari ke-4. Korang tak perlu risau rasanya kita sudah memasuki genap sebulan perjalanan kembali dari perjalanan tersebut. ersambung daripada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Berjumaat di Pusat Bandar Hicom.
Petang Sabtu 21 Disember 2019. Setelah 3 hari bermalam di rumah saudara saya di Shah Alam kami terus keluar untuk sampai ke Bangi.
Walaupun saya tahu jalan untuk ke Bangi, saya terpaksa menggunakan aplikasi Waze. Dipendekkan cerita perjalanan bermula pada jam 3 petang selepas solat Zohor.
Daripada sumber Waze jarak untuk sampai ke Bangi hanyalah dalam 32 km bersamaan dengan masa dalam 46 minit. Ditambah lagi menggunakan laluan lebuhraya untuk sampai ke sana. Ini kerana kawasan ini dianggap sibuk untuk mencari kerja di mana-mana tempat. Apabila masuk ke Lebuhraya ELITE kenderaan terus bergerak perlahan. Pertambahan kenderaan hanyalah sementara. Disebut dalam Waze ada kemalangan di hadapan, tetapi tiada kemalangan di sana.
Untuk sampai ke Bangi saya terus menggunakan Persimpangan Saujana Putra untuk sampai ke sana. Korang yang tak tahu ini dia guys jalannya. Disebut dalam Waze dalam 500 meter belok ke kiri.
Sekejap je sampai Bangi kalau dari Shah Alam. Alang-alang kita tadi telah berjaya melalui jalan yang diikuti Waze dengan tepat, tanpa sesat di tempat lain. Kalau sesat guys apa sudah jadi, kita meronda-ronda sahaja, cari duit untuk mengisi minyak dan sebagainya.
Jam 4 petang lebih kita sudah sampai ke Bangi. Inilah rumah saudara saya yang berada di situ guys.
Jam hampir masuk waktu Asar barulah sampai ke rumahnya. Saya pun terus ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Asar. Berasa dah sikit kepenatan.
Jam hampir masuk waktu Asar barulah sampai ke rumahnya. Saya pun terus ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Asar. Berasa dah sikit kepenatan.
No comments:
Post a Comment