Saturday, 5 January 2019

Dari Kota Bharu ke Wakaf Che Yeh dan Pendek - Perjalanan iktikaf semperna penutup tirai tahun 2018

Selamat tahun baru 2019, hari ini baru sudah masuk hari ke-5 tahun baru. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat tahun baru. Semoga tahun baru 2019 lebih baik dan bermakna dari tahun sebelum itu. Merujuk kembali kepada artikel Kitab Perjanjian Pondok di Pondok Bunut Payong yang dikirimkan pada Ahad 30 Disember 2018. Bahawasanya tengah hari dan petang hujung minggu lepas saya keluar dari rumah untuk sesi iktikaf semperna penutup tirai tahun 2018. Ini ada satu lagi cerita dari tahun 2018. Inilah ceritanya...

Tengah hari Sabtu 29 Disember 2018 bergeraklah saya menghala ke Kota Bharu untuk memulakan sesi pengiktikaf semperna penutup tirai tahun 2018.

Selepas ada satu urusan di bandar Kota Bharu lalulah singgah ke Masjid Telipot. Ambo singgah solat sekejap bele-bele kita beriktikaf.

Kebetulan pada jam 12.45 tengah hari saya berada di masjid ini. Beriktikaf tidak mengira masa ketika berada di dalam masjid.

Sekarang sudah masuk waktu Zohor saya solat sekejap. Kebetulan ramai jemaah datang disebabkan kalau ada hari bekerja setiap Sabtu hingga Khamis, terutamanya waktu Zohor dan Asar ketika berada di tengah bandar.

Selfie sat sebelum memulakan perjalanan.

Selepas solat Zohor di masjid tadi saya singgah di pekan Wakaf Che Yeh.

Makan sat di sebuah gerai bersebelahan gedung TenTen. Mengidam pula kuetiaw sup.

Petang itu pula saya menghala ke Gaung. Singgah makan gulai (kenduri) di rumah saudara mara saya yang juga Tuan Penghulu kampung itu.

Selepas makan gulai saya berjalan-jalan ke sebuah surau yang tersorok di dalam kawasan kampung. Surau terletak berdekatan rumah yang mengadakan majlis kenduri itu. Lihat artikel Madrasah Purnama, Kampung Gaung, Pendek, Kota Bharu di blogspot Jom ke Masjid.

Alhamdulillah saya makin kekenyangan. Perjalanan terakhir sebelum sampai ke rumah beriktikaf pula di Masjid Mukim Pendek iaitu masjid kampung saya sebelum masuknya waktu solat Asar. Kita dapat melaksanakan solat Tahajud 2 rakaat, Tasbih 4 rakaat dan solat sunat hajat diikuti bacaan Yasin, doa selamat dan doa akhir tahun.


Memandangkan waktu Asar sudah tiba saya solat di masjid ini. Alhamdulillah jadi setakat inilah kita menjejakkan kaki untuk beriktikaf di dua masjid semperna penutup tirai tahun 2018 campur sekali dengan majlis perkahwinan Tuan Penghulu Kampung Gaung, Pendek.

No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...