Thursday 31 January 2019

Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Meninjau seketika kompleks KOPTA dan video mengenai Kompleks KOPTA

Bersambung daripada Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Penyerahan mock cheque berupa bantuan SKM kepada koperasi dan lawatan ke karnival...

Sedar tak sedar kita berada di penghujung bahagian mengenai majlis perasmian Kopta oleh Pengerusi SKM, Datuk Nordin Salleh, tak lupa juga saya meninjau seketika kompleks Kopta di dalam kawasan SMK Kota bersebelah RTM Wakaf Che Yeh. Baru saya tunjuk gambar di atas iaitu gerai makanan segera, letaknya di luar kawasan sekolah. COOP biasanya telah diselia oleh pihak koperasi sekolah berkenaan.


Ini pula sebelah dari gerai makanan segera, ialah kedai runcit COOP Mart, tetapi biasanya dimiliki oleh pihak Koperasi SMK Kota Berhad pada tahun 2014. Sebelah kiri daripadanya adalah kedai makan Kopitiam Kota. Kopitiam Kota mempunyai bermacam-macam menu masakan panas dan minuman.

Sebelah dengan restoran Kopitiam Kota juga, satu lagi lot-lot kedai juga telah dibina daripada pihak koperasi sekolah sendiri. Ketika itu masih dalam pembinaan. Untung betul SMK Kota mempunyai Kompleks Koperasi yang Pertama di Malaysia walaupun satu-satunya koperasi sekolah yang terbaik di Malaysia. Banyak kedai-kedai yang tengah dibina.


Bersebelahan dengan pintu masuk SK Seri Kota juga ada dua lot kedai. Kedai Prepaid RedONE dan kedai fotostat Factory Outlet.

Di dalam kawasan SMK Kota juga koperasi sekolah telah dinaik taraf menjadi pasaraya. Kalau tak silap saya ia dinaik taraf sebagai pasaraya pada tahun 2016 termasuk sebelah kanannya terdapat sebuah kedai fotostat.

Inilah papan perasmian kompleks KOPTA di hadapan pintu masuk pasaraya koperasi.


Secara amnya banyak barangan-barangan keperluan yang disediakan oleh pihak koperasi sekolah sendiri di pasaraya koperasi SMK Kota. Maknanya pelajar-pelajar SMK Kota memberi kemahuan untuk membeli barangan keperluan yang berfaedah. Elakkan pembaziran. Pembaziran itu amalan syaitan...

Untuk butiran lanjut tentang tayangan bertajuk Kompleks KOPTA sila lihat di Youtube di sini. Cukuplah perkongsian kita untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...