Saturday 28 September 2019

Sekitar Majlis Penganugerahan Pengiktirafan Perolehan RM 1 juta kepada Koperasi SMK Kota (KOPTA) dan Pelancaran Produk Budu Keluaran KOPTA

Salam hari Sabtu 28 Muharram. Merujuk kepada artikel Perjalanan kecil ke Jeli setelah setahun lama tidak berkunjung yang telah dibuat pada hari Rabu 4 September lepas bahawasanya saya bersama ibu saudara saya membawa berjalan jauh ke Jeli. Walaupun hari ini saya tetap keletihan sebab memanjat di puncak Bukit Keluang semalam. Tetapi loni saya sudah sedar bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Kota atau SMK Kota telah mengiktirafan koperasi yang paling tinggi jumlah pencapaian perolehan dengan sebanyak RM1 juta. Walaupun hari Khamis 26 September tidak dapat hadir, maka dikongsikan sekadar gambar-gambar hiasan yang diambil dari Instagram milik guru koperasi, Cikgu Madihah Muhammad.

Selaras dengan kecemerlangan koperasi sekolah tersebut, majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dato' Haji Abdul Fattah Haji Abdullah, Presiden ANGKASA (ANGKASA merujuk kepada singkatan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia). Majlis tersebut bermula pada jam 8 pagi di Dewan Kota Jelasin. Majlis tersebut telah diiringi pegawai-pegawai agensi dari ANGKASA bersama tuan Pengetua dan guru-guru penolong kanan.

Dalam 8 bulan yang lepas, saya sempat hadir ke Majlis Perasmian KOPTA dan disekali dengan Hari Koperasi SMK Kota 2019. Majlis tersebut itu telah disempurnakan oleh Datuk Nordin Salleh selaku Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Diiringi tuan Pengetua, Haji Kamaruddin Derahman (sekarang sudah bersara iaitu tak silap dalam 8 bulan juga) dan para-para pentadbir. Lihat artikel berikut :

Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Ucapan perasmian dan melawat gerai-gerai jualan

Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Penyerahan mock cheque berupa bantuan SKM kepada koperasi dan lawatan ke karnival

Selepas ucapan perasmian daripada Presiden ANGKASA, majlis diteruskan dengan penyampaian pengiktirafan pencapaian perolehan kepada Tuan Pengetua SMK Kota merangkap Pengerusi Koperasi SMK Kota Berhad.


Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Koperasi SMK Kota Berhad atas pengiktirafan perolehan RM1 juta berakhir 2018. Dan menjadikan koperasi contoh kepada sekolah-sekolah lain di Malaysia terutamanya di negeri Kelantan khususnya. Inilah antara koperasi paling terbaik dalam Malaysia berbanding koperasi-koperasi lain di Malaysia.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan pelancaran produk keluaran KOPTA terbaharu selain daripada produk ketika dilancarkan semasa saya berada di tingkatan lima ialah Air Cincau dibuat di kelas MPV, iaitu sos bilis atau dikenali oleh masyarakat kita ialah 'budu'.

KOPTA telah berjaya melancarkan dan mengeluarkan produk 'budu' yang dikeluarkan oleh koperasi sekolah tersebut.

Kemudian memasarkan produk tersebut di koperasi sekolah tersebut. Secara khususnya produk 'budu' kebanyakannya dibuat di negeri Kelantan dan selatan Thailand. Seterusnya produk 'budu' terus dipasarkan di pasaran tempatan. Produk 'budu' yang terkenal ialah Budu Cap Ketereh diasaskan oleh Allahyarham Ismail Bin Jusoh di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Antara ramuan-ramuan bagi pembuatan 'budu' ialah ikan bilis dicampur dengan manisan dan asam jawa. Kebiasaannya 'budu' ini dimakan dengan ulam-ulaman ketika zaman dahulu. Tetapi sekarang masih dimakan dengan pelbagai makanan mengikut selera yang mereka suka.

Sebelum menutup artikel ini, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelancaran produk terbaharu KOPTA ialah sos bilis atau dikenali sebagai 'budu', terus ke sini.

No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...