Monday 20 January 2020

Kasih sayang - Prihatin terhadap jiran

Salam malam Isnin 26 Jamadilawal 1441 H. Ada sedikit perkongsian daripada satu perhimpunan rasmi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota, Kota Bharu, Kelantan Isnin lepas. 

Isnin lepas 13 Januari 2020 ada satu perhimpunan rasmi sekolah di Dewan Kota Jelasin di SMK Kota. Setiap hari Isnin tiap-tiap kali diadakan perhimpunan rasmi sekolah. 

Ketika masuk ke dewan tersebut Cikgu Suhaimi Sulaiman memberikan syarahan berkaitan jiran. Jiran adalah antara dimasukkan dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Apa itu jiran? Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat (kawasan kejiranan). Bagi penduduk setempat negeri Melaka, jiran boleh juga bermaksud sekumpulan masyarakat yang duduk berjauhan tetapi masih berhubung di dalam situasi tertentu.

Kalau dekat rumah saya mesti ada jiran. Jiran saya kebanyakannya terdiri daripada bapa saudara, ibu saudara, datuk saudara, nenek saudara dan sepupu yang betul-betul tinggal bersebelahan rumah saya. Rasanya jiran bersebelahan rumah saya kebanyakannya dihuni oleh bangsa Melayu Islam yang berasal dari Kelantan. 

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

Dari aspek penyampaian jiran tetangga mempunyai kepentingan prihatin terhadap penderitaan terhadap orang lain. Contohnya jiran kita mempunyai masalah kemiskinan, ditimpa kesakitan dan bantu-membantu. 

Dalam kandungan teks, antara idea yang boleh dikongsikan dengan jiran tetangga seperti rasa simpati terhadap kesukaran orang lain. Misalnya kita boleh membantu jiran kita yang uzur dan sakit. Perkongsian kedua ialah peranan jiran dan masyarakat dalam menangani masalah sosial. Zaman sekarang masalah sosial kerap berlaku ketika ini. Contohnya berlaku peningkatan kes dadah dan sebagainya. 

Antara fokus yang diberi semasa syarahan ialah peka dengan situasi di kawasan perumahan dan persekitaran. Kebakaran dan banjir kerap berlaku di kawasan perumahan. Hujung tahun 2014 Kelantan telah digenangi oleh banjir besar dikenali sebagai 'Bah Kuning' telah menyebabkan ramai penduduk dipindahkan. Yang kedua ialah sikap suka membantu dan bertolak-ansur dalam komuniti. Kita boleh membantu jiran menghadapi kesusahan misalnya dalam keadaan kemiskinan. Tolong yang itu, tolong yang ini. 

Saranan yang dilakukan oleh jiran tetangga seperti memupuk sikap prihatin dalam pencegahan kes-kes penderitaan mental, seksual dan pengabaian. Ketika ini kes-kes berkenaan banyak berlaku. Seperti kes penderaan kanak-kanak, buli, pembuangan anak dan sebagainya. Saranan yang kedua ialah berbuat baik dan menolong orang yang memerlukan bantuan. Kita sepatutnya boleh menolong jiran apabila berada dalam kecemasan, kemiskinan, kesusahan dan apa-apa jua keadaan. Contohnya membantu jiran kita dalam keadaan sakit tenat dan menyelamatkan barang-barang keperluan daripada kebakaran rumah. Saranan yang baik terhadap jiran tetangga seperti berani memaklumkan kes penderitaan yang dialami sama ada rakan dan keluarga. Contohnya jiran kita berani memaklumkan masalah yang dialami oleh keluarga kita telah ditimpa masalah kemiskinan. Saranan terakhir ialah menyertai program khidmat masyarakat, kesukarelawan atau Rakan Cop. Menyertai program tersebut bukan sahaja untuk membina negara malah membentuk negara yang lebih sejahtera. Contohnya jiran kita mengajak untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dapat membetuk masa depan belia yang berwawasan dan mempunyai nilai jati diri tinggi. Cukuplah perkongsian daripada majlis ilmu pertama untuk tahun 2020 di mana-mana tempat. 

No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...