Sunday, 17 December 2023

Himpunan Solidariti Rakyat Kelantan untuk Palestin

Salam. Merujuk pada artikel Lembah Klang November 2023 yang dipersembahkan hujung November lepas. Ketika ini negara Palestin masih bergelut dengan konflik antara rakyat Yahudi yang masih tidak berkesudahan sejak hujung September 2023 sehingga kini. Beberapa negara Islam termasuk Malaysia sama-sama bersolidariti untuk rakyat Palestin seperti memboikot barangan Yahudi dan pembantahan terhadap Israel dan Amerika Syarikat (AS). Masjid Al-Aqsa terletak di Baitulmaqdis, negara Palestin merupakan tempat suci umat Islam yang mana letaknya kiblat pertama sebelum wujudnya Kaabah di Makkah. November lalu saya telah membuat sesuatu tentang solidariti untuk rakyat Palestin. 





Korang memang tahu bahawa negara saudara se-Islam iaitu Palestin atau Gaza sedang bergelut dengan konflik antara negara Israel dan negara sekutunya AS. Isu tersebut masih belum selesai sejak hujung September baru ini menyebabkan berjuta-juta rakyat Palestin tinggal sehelai sepinggang, kehilangan nyawa dan berpindah ke negara lain akibat serangan tentera rejim Zionis. Hampir berjuta-juta rakyat Palestin termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas telah terkorban, tercedera dan diseksa dalam insiden berkenaan. Beberapa infrastruktur, sektor awam, tempat tinggal, tempat ibadat, sekolah, institusi pengajian, hospital dan banyak lagi telah hancur dibom dan dibedil. Di Malaysia banyak negeri lain telah menganjurkan perhimpunan untuk solidariti untuk Palestin. Disebabkan pembela-pembela Islam yang cintakan Palestin, pihak kerajaan negeri Kelantan telah menganjurkan perhimpunan sama pada hari Sabtu 18 November. 





Malam itu juga saya pun berkesempatan ke stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Nampaknya bermulanya solat hajat dan doa selamat. 






Pada hari yang sama juga diadakan Himpunan Munajat Enakmen Syariah. Langkah itu bertujuan untuk mempertahankan enakmen syariah di negeri ini. Ini disebabkan berlakunya seorang peguam dan anaknya mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang mengisytiharkan 20 kesalahan syariah itu adalah terbatal dan tidak sah. 






Antara bantahan yang telah disuarakan kepada umum oleh pihak kerajaan, EXCO dan NGO. 










Tidak menyangka bahawa bantahan itu berasa tidak puas hati terhadap negara sekutu Israel dan AS yang bertindak menyerang beberapa kawasan di sekitar negara Palestin. 









No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...