Saturday, 24 February 2024

Majlis Memperingati Israk dan Mikraj Peringkat Negeri Kelantan 2024M/1445H

Salam. Hari ini 14 Syaaban kalau ikutkan tarikh Islam. Tinggal 3 minggu lagi akan memasuki bulan puasa Ramadhan. Dan malam itu juga merupakan malam Nisfu Syaaban. Manakala kalendar Masihi pula bulan Februari hanya tinggal seminggu lagi. 





Merujuk pada artikel Kompilasi perjalanan ke Pahang tahun 2024 yang dipersembahkan Isnin lalu. Satu majlis ilmu berkaitan dengan majlis memperingati Israk dan Mikraj Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2024M/1445H yang diadakan pada Rabu 7 Februari 2024 di Masjid Muhammadi, Bandar Kota Bharu. Ketika itu merupakan malam memperingati Israk dan Mikraj di mana merupakan peristiwa perjalanan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW pada tahun ke-12. Peristiwa telah dialami dengan dua keajaiban iaitu Israk bermaksud perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin, di mana Rasulullah membuat perjalanan tersebut, manakala Mikraj adalah perjalanan melintasi tujuh langit ke Sidratul Muntaha dan Mustawa. 






Malam itu saya berkesempatan juga hadir ke Masjid Muhammadi, Bandar Kota Bharu untuk hadir ke majlis tersebut. Cuma gambar ini adalah diambil melalui live Facebook masjid. Penceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hariri Mohd Daud. Ustaz Hariri merupakan kelahiran Tendong, Pasir Mas mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Tun Perak, Jasin, Melaka, seterusnya mendapat diploma pengajian Islam di Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Disebabkan mahir dalam bab bidang agama beliau seterusnya belajar dalam Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau mengajar agama melalui rancangan keagamaan di TV1 dan TV Al-Hijrah. Sekarang beliau dilantik sebagai pegawai khas kepada ketua pengarah dasar JAKIM. 




Beberapa VIP seperti Tengku Mahkota, Tengku Temenggong, Timbalan Mufti Negeri yang juga Pengerusi ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Muhammadi dan pihak MAIK turut hadir memeriahkan majlis ini. Untuk lihat rakaman tentang majlis tersebut, lihat di sini



No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...