Friday, 16 February 2024

Perjalanan ke Pahang tahun 2024 - Upacara makan kenduri sehingga selesai

Salam hari Khamis 4 Syaaban 1445H. Teruskan pula perjalanan baru ini di Pahang dengan memasuki hari ke-2 dan terakhir perjalanan tersebut. Bersambung daripada Perjalanan ke Pahang tahun 2024 - Geng Subuh macam Jumaat dan cabaran turun bukit di Lanchang





Pagi Sabtu 3 Februari 2024 inilah suasana ketika majlis kenduri bertempat berdekatan pekan Lanchang. 



















Jam 3.50 petang terus bergerak meninggalkan pekan Lanchang. Ada hajatnya nak lalu jalan lama Temerloh ke Bentong, namun tersilap jalan menghala ke bandar Karak. Sambil itu singgah mengisi minyak di bandar itu untuk mengetahui lokasi jalan. 





Berdekatan bandar Karak ada sebuah masjid lalu singgah. Lihat artikel Masjid baru Karak di blogspot Jom ke Masjid






Ikut atas pemanduan kami lalu lebuhraya Central Spine (CSR) dari Bentong untuk sampai ke Raub. Seterusnya terus melalui lagi dari Raub ke Gua Musang. 






Untuk sampai ke Gua Musang terus lancar ke CSR lagi...





Kebiasaannya kami mahu singgah mana-mana tempat, tapi kali ini tidak. Terus lancar dari Gua Musang untuk sampai ke Kota Bharu. Jam 9.45 malam baru sampai ke rumah. Gambar ini adalah suasana di dalam bilik tidur saya ketika saya melepaskan kepenatan. Kami telah berjalan jauh dari Kota Bharu ke Lanchang sepanjang 800 km dengan menggunakan van sewa. Dicampur lagi dengan jarak perjalanan pertama pun 400 km (lihat permulaan artikel iaitu artikel perjalanan pertama). Maka tamatlah perjalanan ke Pahang untuk awal tahun 2024. 




No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...