Sunday, 29 December 2024

Hiking bukit semata-mata cari rezeki

Salam. Tentang aktiviti daripada 2 minggu lalu. Berbaki 2 hari lagi akan memasuki tahun baharu 2025. Kiranya kemungkinan artikel terakhir bagi tahun 2024. 





Petang Jumaat 13 Disember 2024 saya dan keluarga meninggalkan rumah selepas solat Asar. Terus masuk ke Rantau Panjang singgah di tempat ini berada di Culvert 5, terlihat pula air banyak di kawasan hutan yang sering dinaiki air. 





Ini kali kedua berada di akhir tahun 2024 perjalanan ke Jeli hampir sebulan lalu. Lihat Urusan di sekitar Jeli. Asbab ke sini ini untuk mencari rezeki walaupun keadaan cuaca tidak mengizinkan. 





Dipendekkan cerita jam 7.45 malam baru sampai ke Taman Kifayah. 




Teruja pula tengok anak muda bermain futsal di sekitar taman perumahan ini. 





Pagi Sabtu 14 Disember menunaikan solat Subuh di masjid jamek bandar Jeli. 





Selepas beriktikaf di masjid, saya pun balik berjalan kaki sambil berjoging di sekitar taman perumahan ini. Di sini memang sangat sejuk pada ketika itu. 





Selepas bersarapan, kami pun ke pasar besar Jeli untuk membeli barangan keperluan. 





Lebih kurang jam 10 pagi terus keluar untuk 'hiking' menggunakan kenderaan 4X4. 









Terus bersama yang menaiki kenderaan 4X4 lama ialah dua orang asli mungkin berasal dari Jeli. 






Rasanya kali kedua baru sampai ke bukit Berdang. Memang sangat mendebarkan. 





Berehat sambil melihat suasana bukit dan kolam dipenuhi ikan hiasan. 





Kemudian berbual dengan dua orang asli ini. Mereka ini fasih berbahasa Melayu, 'berloghat' Kelantan (kecek kelate) dan mungkin sedikit berbahasa Inggeris (English) walaupun suku Temiar berasal dari negeri berkenaan. 





Terus pula menaiki kenderaan 4X4 lama untuk mendaki bukit dengan berhati-hati. Kalau tidak, jatuh karang!



                                        






Kelihatan dari puncak bukit memang suasana ini merupakan pemandangan kampung. Bila naik atas puncak bukit memang sangat sejuk ketika ini. 





Kelihatannya adalah kawasan dari kampung Berdang termasuk mempunyai kubah adalah masjid. Cuma zoom-in lebih jauh tidak boleh dekat kerana zoom pada telefon bimbit iPhone 11 saya sampai 5 kali sahaja. 











Mereka turut bekerjasama pikul beberapa batang kayu untuk dijadikan perabot daripada ibu saudara saya. Sedangkan ibu saudara itu akan membuat tempat bangsal kenderaan di mana akan membuat persiapan bagi melangsungkan perkahwinan anak sulung itu pada bulan Januari nanti. 









Uniknya ada 'air terjun' yang berada di atas kawasan bukit ketika saya mendaki. 





Jam 12.26 terus turun bukit ke Berdang bersama-sama. 





Sambil itu mencuba naik pondok wakaf berada di atas bukit ini. 





Kelihatan pemandangan cantik dari pondok wakaf yang mana kelilingnya adalah kebun. Kelihatan awan kelabu putih menandakan hujan lebat berlaku. 













Selepas solat Zohor terus naik ke pekan lalu pekena aiskrim. 





Singgah di Tembesu Limbat untuk melepaskan kepenatan jam 7.20 malam. Kemudian sampai di rumah mendapati jarak pemanduan permusafiran kecil semalaman ialah 195 km. 





No comments:

Post a Comment

Raya Aidilfitri 2025 antara Kadok dan Bachok

Salam 10 Syawal. Menyambung penceritaan daripada  Raya Aidil Fitri 2025 di sekitar Pendek .  Pagi Rabu 2 April 2025 bersamaan 3 Syawal 1446 ...