Salam 29 Syawal 1446 Hijriah. Sedar tak sedar hari ini telah memasuki penghujung Syawal atau berakhirnya bulan raya. Kalu ikutkan malam semalam sepatutnya artikel ini akan siap, namun dianjak kepada hari ini kerana salah satu jari pada tangan kiri saya tercedera akibat terkena mesin yang tajam pada pagi kelmarin. Itulah pastikan berhati-hati apabila menggunakan mesin yang tajam sampai terpaksa dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan. Akhirnya artikel ini terus disiapkan pada petang ini walaupun jari saya sudah dibalut dan mengambil cuti MC selama 25 hari. Apapun diteruskan lagi juga artikel daripada baru ini lalu bersambung daripada cerita Hari keluarga di pantai Tapang - Menikmati suasana siang.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Monday, 28 April 2025
Hari keluarga di pantai Tapang - Aktiviti BBQ dan meneruskan pengakhiran cerita
Khamis malam 10 April 2025 selepas Isyak terus ke pondok wakaf untuk aktiviti BBQ.
Kemudian turut sama adalah sekumpulan remaja yang turut sama BBQ atau bakar-bakar. Mereka adalah pelajar tingkatan 3 yang belajar dari salah satu sekolah menengah di Kubang Kerian.
Kemudian terus menjamu bersama dengan sekumpulan remaja itu. Tinggal yang lain berada di meja antara satu sama lain.
Tahan pukat sebelah gigi pantai dulu.
Selesai sudah menarik pukat dan mandi, seperti biasa setiap Khamis malam akan membaca Surah Yasin dan diteruskan lagi membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur.
Pagi Jumaat 11 April suasana masih berada dalam waktu subuh sebelum menjelangnya matahari terbit. Sempatlah menunaikan solat Subuh kemudian bertahajud dan berzikir seperti biasa ketika selepas Subuh.
Gambar ini diambil jam 7.17. Bermakna matahari akan muncul sebelum panas akan membahang.
Suasana gambar ini pada jam 10.10. Saya ambil gambar ini baru selesai mandi dari pantai dan kolam renang sebelum pulang ke rumah jam selepas 11 pagi. Saya, ibubapa dan adik sudah masing-masing ada persefahaman. Luangkan masa bersama mereka untuk berjalan-jalan atau bersendirian. Banding dengan saya dan ayah lebih lasak berbanding adik perempuan saya. Itulah tuhan yang akan menguji kita semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hari keluarga di pantai Tapang - Aktiviti BBQ dan meneruskan pengakhiran cerita
Salam 29 Syawal 1446 Hijriah. Sedar tak sedar hari ini telah memasuki penghujung Syawal atau berakhirnya bulan raya. Kalu ikutkan malam sema...

-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam 29 Ramadan 1446 Hijriah dan hari terakhir Ramadan. Sedikit perkongsian tentang aktiviti bulan Ramadan. Sabtu 22 Mac 2025 malam bersam...
-
Sedikit daripada 2 minggu lalu. Petang Rabu 29 Januari 2025 bertepatan dengan hari tahun baru Cina diadakan dengan satu festival patuh sya...
No comments:
Post a Comment