Sunday, 22 June 2025

Sedikit tentang hari raya Aidil Adha 1446 Hijriah

Salam 25 Zulhijjah 1446 Hijriah. Sedikit perkongsian mengenai aktiviti pada hari raya Haji 2 minggu lalu. 




Pagi Sabtu 7 Jun 2025 bersamaan 10 Zulhijjah 1446 Hijriah iaitu Hari Raya Aidil Adha. Solat sunat Aidil Adha hanya masjid berdekatan rumah sahaja iaitu Pendek. Kali ini sekadar solat Jumaat, solat 5 waktu dan lainnya dilakukan di sini sahaja. 





Jika ikutkan jarak dari masjid utama di Kota Bharu iaitu Masjid Muhammadi jarak sekitar 9 km dari rumah saya sendiri. Itu dikira jauh. Jika ada satu lagi masjid di Pendek iaitu Masjid Mukim Kamil Hassan itupun jarak dalam sekitar 1.5 km dari rumah. 





Cuaca hujan renyai tidak menghalang untuk menghadiri solat sunat Aidil Adha. Gambar ini diambil selepas solat. 





Adapun diadakan majlis korban di rumah jiran yang berhampiran dengan rumah saya. Dua ekor lembu besar dikorbankan pada tahun ini dengan niat yang ikhlas. Sebelah petang pengagihan daging korban akan diserahkan di sekitar termasuk rumah ibu saya yang berada di Pasir Tumboh. 





Pagi Ahad 8 Jun bersamaan 11 Zulhijjah terus keluar lagi untuk pengagihan daging korban kepada sekitar Kota Bharu. Sambil itu terus melihat projek rumah ibu saudara di Telipot. 





Ini adalah projek naik taraf daripada loteng terus dinaikkan menjadi dua tingkat yang dilakukan April lalu untuk menggantikan struktur bumbung yang bocor dan sebahagian kayu telah rosak dimakan oleh anai-anai. 





Pagi Isnin 9 Jun bersamaan 12 Zulhijjah bergerak meninggalkan rumah untuk menuju ke Jeli. 






Jam 9 pagi singgah sarapan di stesen minyak berdekatan Bukit Bunga. 





Sampai di Ayer Lanas jalan menghala ke utara sesak disebabkan perantauan dari negeri utara akan pulang kembali masing-masing. 





Memang tidak bergerak sehingga ke simpang tiga pekan Jeli. 





Sampai di rumah bapa saudara sekitar jam 10.35 pagi. 





Kami pun berjalan kaki ke pekan Jeli. 






Singgah ke pasar untuk membeli sambal pepijat dan banyak lagi. 





Dahulu zaman kanak-kanak ayah selalu ajak saya suruh membeli barang mainan seperti ada dalam gambar ini. Ada patung mainan seperti Ultraman, Spiderman, Pikachu dan konsol permainan Block Blast. Konsol permainan ini boleh letak bateri sejenis sel kering. Sekarang apabila sudah menginjak dewasa boleh dijadikan kenangan zaman ketika saya dahulu. 





Kami pun mengambil laluan dari Tanah Merah untuk ke Pasir Mas sebagai laluan untuk ke Salor. Seperti dalam gambar ini adalah bulatan dan 'flyover' Lemal antara persimpangan iaitu kiri menghala Rantau Panjang, laluan kekal menghala Pasir Mas dan kanan menghala Kota Bharu/Salor. 





Sampai ke rumah tepat jam 7.50 malam iaitu selepas masuk Maghrib didapati pemanduan sejauh 165 km. 



No comments:

Post a Comment

Pesta Itu-Ini

Salam 1 Muharam atau Maal Hijrah 1447 Hijriah. Kebetulan esoknya Jumaat 27 Jun 2025 bermulalah tahun baru Islam dan Jumaat pertama bagi tahu...