Tuesday, 21 April 2026

Raya 2026 di Tembesu Limbat

Salam 3 Zulkaedah 1447 Hijriah. Cerita daripada hampir sebulan lalu. 




Merujuk pada artikel Sambutan Aidil Fitri 1447/2026 Peringkat DUN Salor yang dipersembahkan Jumaat lalu. Maka Sabtu 28 Mac 2026, singgahlah di pantai 'viral' bertempat di Pantai Impian, mukim Kemasin. 





Cuaca ketika itu memang sangat panas dan tanpa hujan. Hari ini ikutkan cuaca jadi seperti ini. 





Makan-makanan cara kampung dekat pantai. 




Kemudian terus ke bahagian lain di pengkalan bot Kemasin. 




Kali terakhir saya singgah di tempat ini lebih setahun lalu. Lihat artikel lama Aktiviti awal Mei 2025 - Ke beberapa tempat di Bachok termasuk tempat viral








Petang pula singgah beraya di rumah adik beradik ibu di Tembesu Limbat, Pasir Tumboh setelah sekian lama tidak berada kerana saya dan keluarga masih di Lembah Klang dan selatan baru ini. 




Singgah bersolat dan beriktikaf di masjid mukim Tembesu. 




Kelihatan masjid ini masih beroperasi walaupun ia belum siap. 



No comments:

Post a Comment

Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...