Salam semua. Sejumlah gamar-gambar telah diproses dan dipublish secara umumnya berkaitan perjalanan ke pantai Sabak, Pengkalan Chepa dan masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah kali kedua untuk tahun 2018.
Episod yang dimulakan pada Ahad lepas 16 September 2018 dengan mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Bertolak dari rumah di Pendek, Kota Bharu saya memandu kereta bersama keluarga, singgah dulu di majlis perkahwinan di rumah kenalan ayah saya di Tanjung Chat.
Di sebelah rumah yang mengadakan majlis perkahwinan, saya mengambil keputusan untuk singgah di masjid ini. Pada mulanya saya nak ambil gambar tapi tak tahu bila nak ambil gambar sedangkan asrama yang saya menginap terletak di belakang. Lihat artikel Masjid Man Aa Mana, Tanjung Chat di blogspot Jom ke Masjid.
Selepas solat Asar di masjid tadi, kami pun singgah sebentar ke rumah bapa saudara saya di Panchor. Selepas itu 5.40 petang betolak pergi pula ke pantai Sabak.
Lihat lah sendiri pemandangan sungai Pengkalan Datu, Sabak dari Jambatan Pantai Sabak. Selepas itu kami mengambil keputusan untuk singgah ke pantai Sabak.
Sejuk dingin juga angin berderu kencang dari pantai. Dalam rasa puas hati, kami pun rehat sambil melihat pemandangan pantai Sabak. Di hujung-hujung kampung ada satu pengkalan bot yang digunakan bagi nelayan untuk menangkap ikan untuk mencari rezeki.
Tepat jam 6.45 petang kami pun mencari sebuah masjid kayu yang besar, unik dan klasik dengan melalui jalan Kemumin. Letaknya di tengah-tengah kampung Pulau Gajah. Mulanya kami pun rasa nak singgah disebabkan saya tertarik juga dengan senibina masjid ini. Sambil-sambil itu kami pun menyelusuri jalan untuk ke kampung ini sambil menikmati suasana kampung yang damai.
Papan tanda kecil menunjukkan arah untuk ke masjid unik ini. Ooo...saya pun payah nak kata sebab keindahan masjid di dalam ceruk-ceruk kampung begitu memukau.
Sebaik sudah sampai kami kekok melihat sebuah bangunan yang begitu tersegam indah dan sangat gah di tengah-tengah kampung ini. Terasa tertarik juga dengan senibina bangunan itu, tapi ini adalah masjid baru untuk kampung ini. Miripnya sama seperti masjid yang berada di Nusantara. Tak silapnya ia baru dibuka dalam 5 bulan lalu dengan rekabentuknya seperti Masjid Kampung Laut, iaitu masjid tertua di Malaysia. Memandangkan waktu maghrib telah tiba, ini adalah kali kedua singgah di masjid baru ini di dalam kawasan kampung. Kali pertama tahun sebelum masjid baru ini dibina kami pernah singgah di masjid lama ketika kami singgah menjala ikan di Pulau Gajah. Sayangnya pintu masjid lama sudah dikunci, nak rasa ambil gambar dewan solat utama masjid lama pun gambarnya gelap. Lihat artikel berikut :
Masjid lama Pulau Gajah
Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah untuk melihat masjid baru ini
Ini adalah perbezaan antara celak Mekkah dan paip wuduk di masjid baru ini. Biasanya tidak ditemui di Malaysia yang ada pili paipnya yuang unik.
Memandangkan waktu sudah malam saya pun sempat mengambil gambar masjid ini pada waktu malam. Sambil-sambil itu kami pun berjalan-jalan ke Pantai Sabak dengan melalui jalan kecil sebelum kembali ke asrama tempat pengajian.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG : afiqaslam_271100
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah
Salam. Merujuk pada artikel Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu yang dipersembahkan pada 30 Ok...
-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam Jumaat. Merujuk pada artikel Mari hadir ke pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat Ridhuan AS dipersembahkan pada Rabu 14 Oktobe...
-
Salam hari Arafah. Sedar tak sedar esok bermulanya Hari Raya Aidil Adha, dikenali dengan hari raya korban atau hari raya haji. Disambung lag...
No comments:
Post a Comment