Salam semua. Pagi tadi saya bersama rakan peserta pergi ke satu seminar yang berlangsung di Kota Bharu bersama selebriti terkenal dari Pasir Puteh.
Pagi Sabtu 22 September tadi saya pergi ke Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan untuk menghadiri satu seminar berkaitan kewangan iaitu Seminar Celik Kewangan KWSP Bersama Selebriti Perniagaan Terkenal yang berasal dari Pasir Puteh, Fizo Omar. Saya bersama rakan sekolej pergi dengan bas milik kolej yang dihadiri lebih 40 pelajar termasuk siswa dan siswi.
Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama rangkaian akhbar Sinar Harian. Ucapan pertama dimulakan oleh Ketua Kewangan KWSP.
Selepas itu ucapan seminar tersebut dibacakan oleh Fizo Omar. Fizo Omar baru sahaja 2 minggu lepas telah melancarkan kedai makan FizoMawar Kitchen di Tambatan Diraja Kota Bharu.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah rakan terpilih, kakitangan dan pensyarah.
Seminar ini memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menyimpan untuk hari tua dan merancang simpanan KWSP dengan baik demi mengelak sengsara setelah bersara.
Beliau telah berkongsi kecekalannya bangun semula setelah gagal dalam perniagaan akibat ditipu rakan sendiri. Cabarannya itu beliau percaya terdapat peluang untuk terus maju di dalam hidup dan baginya setiap permasalahan mempunyai jalan penyelesaian.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah
Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu 22 Mei lal...
-
Salam. Memasuki hari ke-4 perjalanan ke Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Dari Bangi ke Melaka ....
-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam 25 Syawal 1447 Hijriah. Diteruskan lagi pada hari terakhir perjalanan Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitr...








No comments:
Post a Comment