Wednesday 6 March 2019

Himpunan aman bantah hina nabi di Medan Ilmu Kota Bharu

Bersambung daripada Pesta Buku Kelantan 2019 di Dewan Jubli Perak MPKB...

Rasanya ramai korang yang tahu pasal kes warga Malaysia bukan Islam membuat lukisan yang mengandungi unsur penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kes ini sedang hangat diperkatakan, tiba-tiba muncul individu-individu lain membuat kenyataan menghina nabi kesayangan bagi umat Islam itu. Disebabkan itu ada kumpulan-kumpulan pembela Islam mahu mengadakan perhimpunan aman membantah perbuatan tersebut di Medan Ilmu Kota Bharu pada pagi Jumaat 1 Mac 2019.

Himpunan-himpunan sama turut dirancang mahu diadakan hari sama Jumaat 1 Mac 2019 di merata tempat.



Tapi ini adalah sekadar contoh sahaja.


Kebetulan pagi itu saya pergi ke pesta Buku Kelantan 2019 terbesar dibuat di Dewan Jubli Perak MPKB. Sebaik sebelum pulang ke rumah saya pun menuju ke Medan Ilmu Kota Bharu, iaitu bersebelahan dengan Pusat Perundangan PAS Cawangan Negeri Kelantan dan Syarikat Jaafar Rawas.

Nampaknya himpunan aman bantah hina nabi pun bermula...


Saya mendengar sahaja bantahan-bantahan yang disuarakan kepada umum oleh para pemimpin dan wakil NGO...


Baguslah ramai begitu bersemangat mahu membela nabi.


 Cuma berpuluh-puluh ribu ekor di atas langit pun sudah berhimpun.


Tak salah untuk menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati terhadap mereka yang menghina nabi juga perbuatan itu sendiri.


Tetapi harus ada sekali dengan sesi berselawat atau Mulidur Rasul untuk menunjukkan kita betul-betul akan cintakan nabi.


No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...