Wednesday 4 September 2019

Perjalanan kecil ke Jeli setelah setahun lama tidak berkunjung

Salam 4 Muharam. Ini ada sedikit perkongsian daripada cerita perjalanan kecil...

Perjalanan ini telah dimulakan selepas solat Jumaat di masjid berdekatan pada Jumaat 30 Ogos 2019. Ini adalah perjalanan bersama ibu saudara saya dipandu oleh suaminya setelah setahun lama tidak membawa berjalan jauh ke Jeli. Manakala semua keluarga saya tidak dapat pergi bersama kerana atas sebab tidak dapat dielakkan.

Sebelum masuk ke Rantau Panjang kami terus singgah di masjid ini. Reka bentuk masjid ini dikatakan mengambil contoh reka bentuk masjid lama di negara China. Sesetengah nama digelar sebagai Masjid Beijing. Untuk lebih banyak gambar masjid ini, lihat artikel Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang di blogspot Jom ke Masjid.

Selepas itu kami singgah di pekan Rantau Panjang.

Seterusnya barulah kami meneruskan masa untuk berjalan ke Jeli dengan melalui jalan Bukit Bunga.

Sebaik sudah masuk waktu Asar kami terus singgah di masjid ini. Bahagian dalaman amat cantik dengan ukiran-ukiran ayat al-Quran hampir memenuhi dinding masjid. Subhanallah. Lihat artikel Rupa baru Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli

Tepat jam 5.45 barulah kami sampai ke rumah bapa saudara saya di Taman Kifayah. Tahun ini bukan kali pertama, tapi dicampur pada tahun sebelumnya. Lihat artikel mengenai surau berdekatan iaitu Surau Taman Kifayah, Jeli


Tepat jam 9.30 malam itu kami terus makan malam bersama di sebuah restoran di Lakota sebelum pulang ke rumah. Selesailah perjalanan kecil kita. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...