Tuesday, 29 October 2019

Sambutan Hari Hududullah di Medan Ilmu Kota Bharu

Salam hari Selasa 1 Rabiualawal. Ini adalah perkongsian majlis ilmu yang dibuat pagi Jumaat lepas.

Merujuk kepada artikel Daurah Khas bersama Al-Habib Prof Dr Sayyid Abd Hamid Al-Mahdaly Al-Azhari di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah, Pondok Pasir Tumboh yang dibuat 19 Oktober iaitu hari Sabtu. Artikel tersebut berkaitan dengan menghadiri kuliah antara sesi petang dan malam meliputi 3 sesi di Pondok Pasir Tumboh. Kali ini saya ada satu poster dengan majlis sambutan hari Hududullah peringkat negeri Kelantan. Perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar kita iaitu Ustaz Haji Ahmad Yakob. Manakala kuliah pagi bersama dengan Ustaz Azhar Idrus.


Pagi Jumaat lepas 25 Oktober 2019 saya pun pergi lokasi majlis iaitu berdekatan dengan Syarikat Jaafar Rawas di Jalan Dato Pati.


Kehadiran adalah agak ramai untuk mendengar kuliah daripada Ustaz Azhar Idrus. Termasuk golongan muda khususnya saya yang minat dengan ulama yang tersohor ini.

Dihadiri beberapa Exco kerajaan negeri, Speaker DUN Kelantan dan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang bertugas. Pelbagai anjuran seperti Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).

Sambutan hari tersebut diundangi oleh seorang ustaz yang popular iaitu Ustaz Azhar Idrus.

Rakyat kita bukan suka-suka tetapi mengabdikan diri kepada Allah. Rasulullah bersabda Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat Aku, maka keluarlah. Kuliah membincangkan hukum dan nikmat. Islam adalah 7.8 bilion berada di atas muka bumi. Kadangkala umat Islam tidak suka dengan hukum Allah. Sebabnya umat Islam sebut hukum Allah, hak itu milik Allah.

Agama nasihat sesama mereka. Beliau menyoalkan hukum wuduk dan mandi. Soalan seterusnya bacaan Allahummasolliala kepada keluarga dan rakan. Soalan seterusnya berhenti kerja. Islam agama mudah.

Soalan seterusnya adakah Imam Mahdi melaksanakan hukum hudud. Hudud milik Allah, tetapi Imam Mahdi melaksanakan hukum hudud juga. Tetapi manusia tidak melaksanakannya.


Selepas kuliah daripada Ustaz Azhar Idrus, sambutan hari Hududullah telah bermula. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Qari Jemputan, Ustaz Haji Mohd Hussin, Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1997.

Selepas bacaan Al-Quran, Dato' Panglima Perang Haji Nasruddin seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluan.

Hari Hududullah ini adalah diselia oleh JAHEAIK merupakan program kerajaan negeri bagi memperingati hukum hudud terhadap umat Islam. Program ini mengingatkan usaha dan istiqomah kepada semua rakyat Kelantan. Hukum hudud bukan sahaja kerajaan negeri sendiri.

Selepas ucapan alu-aluan, seterusnya ucapan perasmian diteruskan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Ahmad Yakob.
Cabaran umat Islam hari ini sangat getir daripada pelbagai aspek. Dari aspek keselamatan, kita diuji dengan keangkuhan musuh Islam yang menindas serta melemahkan kekuatan yang ada pada umat Islam di serata dunia.

Dari aspek ekonomi, kita jauh ketinggalan ke belakang berbanding bangsa lain walaupun kita kaya dengan sumber hasil bumi yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T. Dari aspek sosial pula, kita diancam dengan hakisan nilai-nilai murni dalam masyarakat serta generasi baru umat Islam. Pelbagai budaya liar yang dipengaruhi kesesatan telah merasuk generasi muda kita.

Walau pelbagai kajian, pandangan serta luahan yang diberikan, secara realitinya ia berpunca daripada kelemahan kita sendiri yang semakin lalai atau culas untuk menghayati amal makruf dan nahi mungkar apatah lagi masyarakat kita yang semakin terdedah kepada ancaman pemikiran dan budaya negatif yang dicedok dari luar negara.

Selepas ucapan seterusnya merasmikan hari Hududullah ini.







Hukum hudud
Dalam Islam, hukum hudud syariah dan jenayah, mengundang segolongan hukuman yang ditetapkan oleh Allah (dan tidak boleh dicabar atau dipinda) menurut kepercayaan Muslim, antaranya sebatan atau rejaman hingga mati di khalayak umum, pemotongan tangan atau hukuman bunuh di khalayak umum. Akan tetapi hukuman rejam dan bunuh di khalayak umum agak jarang berlaku pada zaman sekarang di kebanyakan negara Islam. Kini ia terdapat di negara-negara Islam yang menurut tafsiran syariah yang paling ketat seperti Arab Saudi dan Iran.
Para ilmuwan seperti Endress dan Esposito berhujah bahawa "hukuman-hukuman sedemikian mungkin sesuai di zaman riwayat Nabi Muhammad (s.a.w.), tetapi sejajar dengan kemajuan dan pemodenan masyarakat, ianya tidak lagi sesuai." Lain-lain ilmuwan pula menulis bahawa "di sini dan lain-lain tempat al-Qur'an hanya mengatakan bahawa liwat adalah dosa yang begitu terkutuk ... bahawa adalah tugas Daulah Islamiyah untuk menghapuskan jenayah ini dan ... menghukum mereka yang bersalah." Juga dihujahkan bahawa bahagian hudud dalam syariah bercanggah dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Namun demikian, pengenalan hukum hudud di pelbagai negara beragama Islam kian menjadi-jadi.

Bagi kebanyakan besar Muslim, Syariah sejak dahulu dan masih dipetik dari al-Quran dan Hadis Sahih. Hadis Sahih mengandungi isnadatau serangkai penjamin yang bersusur-galurkan sahabat Rasulullah yang memerhatikan secara langsung, sabda-sabda, amalan dan teladan yang ditetapkan oleh Baginda, dan oleh itu dijadikan asas teologi untuk menganggap Hadis sebagai asas kukuh bagi Syariah yang merangkumi jenayah dan hukuman hudud.



No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...