Thursday 2 January 2020

Koperasi SMK Kota antara tersenarai dalam Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah 2019 Peringkat Kebangsaan

Salam tahun baru 2020. Rasanya kita sudah masuk 2 Januari, semalamnya 1 Januari dah, esoknya baru masuk 3 Januari. Merujuk kembali artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Cerita akan datang ke tahun baru 2020 yang dipersembahkan Khamis lepas. Artikel tersebut merujuk kepada perjalanan jauh titi hala ke Shah Alam, Bangi, Meru dan Nilai lalu berada di sana selama 8 hari 7 malam. Maka hari Khamis lepas pula kami sekeluarga selamat sampai kembali ke rumah. Tetapi biarkan sikit cerita perjalanan tersebut dan beralih kepada senarai anugerah kecemerlangan koperasi sekolah termasuk sekolah saya dulu, SMK Kota. Sebelum beberapa hari sahaja lagi saya akan mempersembahkan cerita perjalanan tersebut untuk korang. 

Tersenarai dalam akhbar Harian Metro ialah Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah 2019 Peringkat Kebangsaan

Awal Disember 2019 di Subang berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Peringkat Kebangsaan 2019. Koperasi SMK Kota turut menaiki takhta bersama Tuan Pengetua Shamsul Bahari, Cikgu Rosli Salleh MPV, Cikgu Madihah Penyelaras Koperasi dan Cikgu Faridul Hafiz guru Pendidikan Khas. Lihat artikel Sekitar kemenangan ke atas koperasi SMK Kota semperna Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019 di Hotel Holiday Villa Subang. Kejayaan ini amat membanggakan kepada semua pihak dan pelajar sekolah berkenaan.

Antara Koperasi SMK Kota Berhad yang menerima Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah 2019 Peringkat Kebangsaan

1. Anugerah Pembangunan Perniagaan Kiosk Koperasi Sekolah 2019 Terbaik

2. Anugerah Perolehan RM 1 juta

3. Johan Peringkat Negeri Kelantan



No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...