Salam semua. Sedikit perkongsian setelah hampir 2 tahun tidak dapat berkongsi cerita perjalanan 'segar angin'...
Petang Ahad 17 Oktober 2021 saya ke Pantai Mek Mas, PCB, Kota Bharu atau lebih digelar 'Pantai Al-Arab'.
Ketika sampai di sana terserempak dengan dua anggota polis yang telah membuat pemantauan dan mengingatkan kepada semua pengunjung patuh kepada prosedur operasi standard atau standard operation prossedur SOP termasuk terbarunya menunjukkan sijil vaksinasi menerusi MySejahtera.
Memang pun bergelar 'Pantai Al-Arab' disebabkan pantai ini mempunyai beting pasir yang tinggi terlihat seperti padang pasir di Tanah Arab.
Saya ternampak 'laut terbelah' yang dikatakan tular beberapa hari lepas. Kawasan terbabit dikatakan sepanjang lebih 1 km yang menjadi tarikan baru di pantai ini.
Turun dari beting pasir saya terus ke beting pasir 'pantai terbelah' di situ.
Pengunjung mendakwa tengah laut di pantai tersebut seolah-olah terbahagi dua.
No comments:
Post a Comment