Tanggal 28 Oktober 2021 nama Facebook telah ditukar nama kepada Meta. Yang orang Kelantan kata menggunakan perkataan 'Meta' merujuk kepada sinonim sekejap/tunggu sebentar. Apa lagi, kongsikan untuk korang mengenai perkataan Meta/Facebook...
Seperti ura-ura yang didengari sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mark Zuckerberg mengumumkan Facebook kini dijenamakan semula sebagai Meta. Di bawah meta Facebook, Messenger, Instagram, WhatsApp, dan Oculus akan terus beroperasi seperti biasa tetapi dengan tumpuan kini diberikan sepenuhnya kepada pembangunan duniameta (metaverse).
Penjenamaan semula adalah perlu kerana menurut Zuckerberg, syarikat kini tidak lagi memberikan tumpuan kepada Facebook sahaja. Meneruskan nama Facebook akan menyukarkan orang ramai membezakan apa yang sedang dibangunkan syarikat dengan Facebook yang merupakan sebuah platform media sosial.
Di dalam acara Facebook Connect pagi ini, Zuckerberg menunjukkan bagaimana dunia meta akan mengubah cara pengguna berinteraksi antara satu sama lain, bersosial, bekerja, dan bermain. Beliau yakin duniameta akan menjadi evolusi seterusnya Internet dengan tiada lagi perbezaan di antara dunia sebenar dengan dunia maya.
Menurut Mark, beliau sudah bercadang untuk menjenamakan semula syarikat itu sejak pembelian Instagram dan WhatsApp pada tahun 2012 dan 2014. Maka melalui pengumuman ini, Mark Zuckerberg secara rasminya menjadi CEO Meta, dan tertubuhnya syarikat induk kepada platform media sosial besar termasuklah Facebook, Instagram, WhatsApp, Oculus dan sebagainya. Pengasingan jenama antara syarikat dan laman sosial adalah perlu untuk tidak mengelirukan orang ramai lagi.
No comments:
Post a Comment