Salam semua di bulan November. Ada lebih kurang 2 bulan lagi akan melangkah ke tahun baru 2023. Ini adalah perkongsian pada 2 minggu lepas.
Khamis malam Jumaat 20 Oktober 2022. Keadaan di rumah ibu saudara saya di Taman Sri Iman di Teluk Panji selepas solat Isyak. Ada satu majlis seperti majlis tahlil dan selawat. Serentak itu majlis tahlil untuk memperingati arwah nenek saudara iaitu Saodah yang telah meninggal dunia pada hari Khamis 8 September lepas. Masa itu saya dan keluarga dalam perjalanan pulang dari Bangi untuk menghadiri satu majlis kenduri (lihat kenduri Bangi 2022 - Segalanya telah berakhirnya perjalanan). Selawat Maulidur Rasul dan tahlil arwah dipimpin oleh ustaz dari surau taman perumahan itu.
Seterusnya kalau ikutkan sebelum ini pagi Jumaat 21 Oktober ada majlis bacaan Yasin wanita. Tetapi selepas solat Jumaat pula diadakan majlis tahlil dan selawat rumah saudara mara di sebelah rumah saya.
No comments:
Post a Comment