Wednesday, 21 November 2018

Melihat suasana lampu-lampu hiasan Di Kota Darul Naim, Kota Bharu

Salam 12 Rabi'ulawal. Salam Maulidur Rasul. Dalam sejarah, 12 Rabi'ulawal dalam setiap tahun Hijriah, kita menyambut Hari kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Merujuk kembali kepada artikel Memanjat di Bukit Keluang setelah sekian lama tak singgah di tempat ini yang dipersembahkan 5 Hari lepas. Maka saya Ada sedikit perkongsian daripada cerita...

Sabtu 17 November 2018 malam Ahad sebelum ke asrama saya mengajak ibu, bapa dan adik saya berjalan-jalan ke Kota Darulnaim untuk melihat keindahan lampu pada kawasan itu pada waktu malam.

Sudah kebiasaan pada 11 November setiap tahun negeri kita telah disambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, iaitu Yang Di-Pertuan Agong yang ke-15 masih dihiasi dengan lampu-lampu hiasan di sekitar bandar Kota Bharu, yang pastinya menggamit tumpuan pengunjung.

Lampu-lampu bermacam-macam warna di kawasan Kota Darulnaim itu menjadi tarikan pengunjung berjalan-jalan pada waktu malam.

Dalam kawasan kota Darulnaim terdapat sebuah surau yang kelihatannya seperti masjid. Surau ini biasanya digunakan untuk para kakitangan dan penjawat awam bekerja di kawasan bangunan SUK biasanya pada waktu Zohor ketika masih banyak urusan. Terutamanya pengunjung membawa berjalan-jalan di kawasan Kota Darulnaim. Lihat artikel Surau Kota Darulnaim, Kota Bharu di blogspot Jom ke Masjid.

Keindahan lampu pada waktu malam bukan sahaja menjadi tarikan pengunjung, malah menjadikan hiasan. Kota Bharu meme kemah sokmo, comel boh.

No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...