Salam malam Ahad 26 Rabiualawal. Merujuk kepada artikel Ceramah Maulidur Rasul di Masjid Mukim Pendek yang dipersembahkan Ahad lepas. Maka barulah sampai masanya untuk aktiviti saya pada malam Maulidur Rasul 19 Rabiualawal.
Kelihatan pada poster "Majlis Sambutan Maulidur Rasul Perdana" yang diadakan di Masjid Ar-Rahman, Kubang Batang, Tumpat, Kelantan. Yang dianjurkan oleh KRT Kubang Batang/Menjual dengan kerjasama pihak masjid berkenaan, pondok-pondok sekitar Tumpat dan kariah Mukim Kubang Batang.
Petang Jumaat 15 November 2019 saya terus pergi ke rumah kawan lama di Wakaf Bharu. Dari sana hanya 2 km untuk sampai ke Masjid Ar-Rahman, kalau rumah sendiri dalam 25 km perjalanan. Seterusnya pada sebelah malam pula barulah saya bersama rakan karib terus ke Masjid Ar-Rahman Kubang Batang.
Kelihatan pada kesesakan jalan raya hampir memenuhi sekitar kawasan masjid tersebut disebabkan ada perarakan beramai-ramai untuk memasuki ke masjid ini.
Alangkah ramainya ahli kariah dan kawasan sekitarnya terus melangkah masuk ke dalam masjid untuk sesi perarakan sambil berselawat ke atas nabi. Ini kerana perarakan telah bermula dari kawasan timur dan kawasan barat.
Disertakan lagi dengan persembahan qasidah yang dialunkan oleh pelajar-pelajar pondok dari sekitar Tumpat dan kawasan-kawasan sekitar dari Kelantan.
Perarakan masuk ke masjid ini bermula dari jalan Pengkalan Kubor ke Wakaf Bharu. Pada pandangan mata kasar ia masih memerlukan sedikit cat dan hampir 100 peratus siap.
Kami terus melangkah masuk ke dalam masjid ini lalu terpegun dengan keindahan bahagian dalam masjid ini. Walaupun masjid ini belum siap, ia masih lagi memerlukan dana secukupnya untuk menyiapkan pembinaannya.
Suasana di dalam masjid ini diterangi dengan cahaya lampu yang banyak menyebabkan keadaan dalam masjid begitu meriah.
Saya duduk di tengah barisan kedua VIP. Di situlah mengambil gambar-gambar seterusnya...
Selepas solat Isyak berjemaah, sebelum memulakan majlis ini dimulakan dengan bacaan qasidah dan nyanyian-nyanyian maulud.
Saya amat tertarik dengan keindahan masjid ini. Ia mengingatkan bahagian dalaman hampir seperti masjid Nabawi di Madinah. Dihiasi dengan untaian lampu-lampu gantung yang berukiran ayat-ayat al-Quran. Yang pastinya jumlah ahli kariah akan dipenuhi dengan pelbagai program pengimarahan apabila jumlah jemaah yang ramai.
Antara barisan-barisan panel jemputan seperti Tuan Imam Haji Mat Husin Yusuf, selaku Imam Tua Masjid Ar-Rahman Kubang Batang, penceramah bebas Ustaz Abd Aziz Yahya, Imam Muda Haji Rosdi Othman, Abuya Abu Aswad Yah Al-Kubra, Wakil Penghulu Kubang Batang Datuk Haji Ahmad Rosdi Muhamad, Tuan Guru Nik Mahyuddin Mudir Pondok Geting dan Mudir Pondok Neting Tuan Guru Nur Hakimin.
Abuya Abu Aswad Yah Al-Kubra telah memberi tauliah.
Secara rata beliau bercakap tentang konsep cinta iaitu cinta alami yang lebih bertujuan untuk memenuhi keperluan nafsu haiwani diri berbanding cinta hakiki yang berpaksikan Tuhan lalu daripada situ boleh muncul cinta yang betul-betul suci sesama makhluk ciptaanNya.
Majlis tersebut begitu sederhana meriah tidak bergantung kepada jumlah ahli jemaah yang hadir untuk mengenangkan dan memuji nasib nabi Muhammad SAW.
Jam menunjukkan hampir 10.30 malam majlis tersebut diakhiri dengan selawat beramai-ramai bersama-sama. Tetapi saya terus pulang ke rumah dah hampir lewat 12.00 malam. Cukuplah perkongsian cerita setakat ini.
No comments:
Post a Comment