Merujuk kepada artikel Kompilasi cerita perjalanan Pantai Timur awal 2022 yang dipersembahkan 31 Januari lalu. Alhamdulillah saya sudah selesaikan beberapa pautan tentang perjalanan di Terengganu, kini sudah memasuki genap sebulan. Dalam pada itu, artikel Mimbar tertua di Malaysia berada di Pasir Pekan yang ditulis pada 3 minggu lepas menceritakan tentang keberadaan mimbar paling tua yang diletakkan di Pasir Pekan. Walaupun kes COVID-19 hari ini mencanak naik sehingga berpuluh ribu, hari ini keadaan saya pun demam, selsema dan batuk-batuk tapi saya tak terkena tempias jangkitan COVID-19 terutama varian Omicron sedang melanda dunia. Apa-apapun saya ada sedikit perkongsian tentang perjalanan yang dilakukan pada tahun baharu Cina baru-baru ini.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG : afiqaslam_271100
Friday, 25 February 2022
Kali ke-3 Pantai Mek Mas @ 'Pantai Al-Arab' sambil mencari hasil udang
Petang Selasa 1 Februari 2022 pergi ke Pantai Mek Mas, PCB, Kota Bharu.
Empat bulan lalu saya beberapa kali dah singgah di pantai ini. Ketika itu terserempak dengan kereta polis yang dinaiki dua anggota polis yang menjalankan pemantauan dan mengingatkan kepada semua pengunjung patuh SOP (prosedur operasi standard atau standard operation procedure). Nasib baik lah tak makan saman. Lihat artikel Kemunculan 'laut terbelah' di 'Pantai Al-Arab'.
'Laut terbelah' yang dikatakan viral beberapa bulan lepas dengan panjang 1 km sudah 'hilang' dibawa ombak kuat pada Disember lepas. Saya rasa tak tahu ke mana hilangnya 'laut terbelah' yang viral sehingga menjadi tarikan pengunjung untuk melepaskan angin.
Dalam pukul 7.55 malam saya pun terus turun ke pesisir sungai berdekatan untuk mencari udang di sekitar sungai ini.
Di kawasan pesisir sungai inilah saya boleh menunaikan solat Maghrib.
Sambil-sambil berjalan sebelum berangkat pulang ke rumah 8.30 malam saya cari belalang di persekitaran kawasan semak samun. Selalunya waktu malam banyak belalang berkeliaran di kawasan semak samun. Tetapi lebih berhati-hati ada serangga berbisa yang boleh menyengat iaitu lipan.
Zasss!!!! Dapatlah belalang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah
Salam. Merujuk pada artikel Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu yang dipersembahkan pada 30 Ok...
-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam Jumaat. Merujuk pada artikel Mari hadir ke pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat Ridhuan AS dipersembahkan pada Rabu 14 Oktobe...
-
Salam hari Arafah. Sedar tak sedar esok bermulanya Hari Raya Aidil Adha, dikenali dengan hari raya korban atau hari raya haji. Disambung lag...
No comments:
Post a Comment