Wednesday, 29 April 2026

Cerita Aidil Fitri 1447/2026

Salam. Pada 4 hari lalu saya dan keluarga pergi ke Terengganu untuk menyambut sepupu bapa untuk berangkat menunaikan haji. Sebelum memulakan cerita, sedikit mengumpulkan kompilasi artikel semasa perjalanan Lembah Klang dan selatan pada hari raya baru ini. 




Umat Islam di Malaysia menyambut hari raya Aidil Fitri pada hari Sabtu 1 Syawal 1447 bersamaan 21 Mac 2026. Pada raya ke-2, Ahad 22 Mac bermulalah perjalanan dengan menggunakan laluan lama dari Raub ke Bentong untuk sampai ke Kuala Lumpur/Lembah Klang. Destinasi yang dituju iaitu meliputi Melaka, Johor dan bahagian hulu Kelantan. Gambar di atas adalah gambar bersama waris di Parit Salam, Johor pada Rabu 25 Mac, raya ke-5. Lalu kembali ke Kelantan pada raya ke-6, Khamis 26 Mac dengan mengambil keputusan beraya di Jeli. Dan apabila sampai ke rumah tengah malam itu mendapati kami sudah memandu sejauh 1,162 km. 

Pada hari terakhir perjalanan itu, asalnya kami merancang mahu beraya di sekitar Lanchang, Jengka dan Kemaman lalu menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur. Kemudian bermalam di sana selama semalaman dan sampai ke rumah keesokannya. Tapi apabila adik saya memasuki Tingkatan 5, tidak lama lagi akan menjalani ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan akan mengadakan kelas online pada Sabtu 28 Mac, terpaksa ditukar kepada hari lain. Lalu bertukar pula rancangan untuk beraya ke Jeli sebelum pulang ke rumah. 
















No comments:

Post a Comment

Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...